1. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) kerana telah
memberi keutamaan dalam pengujian sampel bagi dua produk coklat cadbury
yang menjadi isu nasional berikutan kenyataan akhbar Ketua Pengarah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei 2014 yang lalu.
2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 26 Mei 2014 telah mengambil kedua-dua sampel produk terlibat iaitu:
i. Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2; dan
ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1
3. Selain itu, Jakim juga turut mengambil empat (4) produk lain dalam
aliran pemprosesan yang sama dan lima (5) jenis bahan mentah yang
berpotensi mengandungi unsur haiwan.
4. Kesemua sampel diambil dari kilang pengeluar produk tersebut yang
beralamat di Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd., Persiaran Raja Muda,
Seksyen 16, P.O. Box 7043, 40700 Shah Alam Selangor dan telah dihantar
ke JKM pada hari yang sama.
5. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada hari ini (2 Jun 2014) telah
menerima keputusan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia ke atas dua
sampel produk keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd.
iaitu:
i. Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan
nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2;
dan
ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1
6. Keputusan analisis makmal adalah seperti berikut:
i. Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan
nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2 –
DNA BABI TIDAK DIKESAN
ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond
dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1 – DNA BABI TIDAK DIKESAN
7. Walau bagaimanapun memandangkan perkara ini melibatkan
tanggungjawab dan integriti pihak syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan
dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat
Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd merangkumi bahan mentah, aliran
pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan
syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.
8. Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula
dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan
Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan.
9. Jakim juga akan mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi berkaitan
bagi membincangkan strategi pengurusan krisis sekiranya berlaku
pengesanan DNA dalam sesuatu produk, oleh makmal mana-mana agensi
kerajaan di masa-masa akan datang.
10. Dalam masa terdekat, Saya juga akan mempengerusikan mesyuarat khas
Jawatankuasa Pemandu Halal yang dianggotai oleh pelbagai agensi dan
pakar-pakar berkaitan dengan halal bagi membincangkan isu-isu halal
secara menyeluruh.
11. Seterusnya, Jakim akan merangka program kesedaran pengguna Islam
bagi menjelaskan mengenai pensijilan Halal Malaysia dan isu hukum DNA
porcine serta kesannya terhadap kepenggunaan.
Sekian, terima kasih.
Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
OPEN : BAGI PENDAPAT AKAK ISU INI KITA SEBAGI ORANG WAJAR MENILAI SENDIRI
ADAKAH PATUT MEMBELI ALAGI COKLAT ITU ATAU.....
SINAR HARIAN
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan