Selasa, 3 Jun 2014

Renungan Pagi - Rahsia Sepotong Doa


http://1.bp.blogspot.com/-D8FeBrzurrQ/Unm8YBfbW0I/AAAAAAAABtY/OC3zR8pPPsU/s1600/Wordless+Wednesday+%23+1.gif
Jadilah Kita Insan Yang Bersyukur

Rahsia Sepotong Doa


Renungan Pagi pilihan adalah mengenai rahsia sepotong doa seorang lelaki di zaman khalifah Umar bin Khattab. 

Suatu ketika Amirul Mukminim Sayidina Umar bin Khattab bertawaf di sisi Kaa'bah. Tiba-tiba beliau mendengar seorang hamba Allah sedang berdoa di Multazam. Ya Allah, Jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang yang sedikit.

Khalifah hairan mengapa orang itu berdoa untuk dimasukkan ke dalam golongan orang yang sedikit. Walaupun demikian beliau tidak menegur lelaki tersebut sehingga selesai tawaf. Setelah selesai tawaf, khalifah memanggil lelaki berkenaan untuk menemuinya dan bertanyakan mengapa beliau memohon doa seperti itu?
 
 

Lalu lelaki itu berkata, ya khalifah, bukankah dinyatakan dihujung ayat 13 surah Saba' yang bermaksud "Dan sedikitlah daripada hamba-hamba Ku yang bersyukur".
Apabila mendengar jawapan lelaki tersebut, khalifah merasakan dirinya amat kerdil. Barulah dia faham rupanya lelaki tersebut memohon kepada Allah agar beliau dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang bersyukur yang disifatkan oleh Allah sebagi golongan yang sedikit.

Semoga kita semua turut berada dalam golongan orang-orang yang sedikit. Yang sentiasa bersyukur dengan ujian dan nikmat Allah. 
blog santai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...