Selasa, 3 Jun 2014

resepi - Talam Seri Muka Pulut Hitam


Talam Seri Muka Pulut Hitam
 
Beras pulut hendaklah direndam bagi memastikannya masak sekata apabila dikukus


 


BAHAN LAPISAN BAWAH:
  • 220 gm beras pulut | direndam selama sejam
  • 110 gm beras pulut hitam | direndam selama sejam dan direbus dengan 600 ml air.
  • 1 sudu makan gula
  • 11/4 sudu teh garam
  • 200 ml santan
  • 200 ml air
BAHAN LAPISAN ATAS:
  • 4 biji telur
  • 83 gm tepung ubi kayu
  • 83 gm tepung gandum
  • 138 cawan gula
  • 200 ml santan
  • 6 helai daun pandan
  • 500 ml air
  • Sedikit perisa pandan
CARA MEMASAK:
1. Untuk lapisan bawah, mula-mula masuk beras pulut dalam loyang. Kemudian masukkan pula beras pulut hitam yang telah direbus. Kemudian masukkan garam dan gula.
2. Selepas itu masukkan santan dan air.
3. Gaul rata dan kukuslah dalam loyang sehingga masak. Sambil kukus, bahan-bahan tersebut hendaklah ditekan supaya rata.
4. Untuk membuat lapisan atas pula, masukkan semua bahan-bahan dalam bekas pengisar seperti tepung ubi kayu dan tepung gandum.
5. Kemudian masukkan santan dan air daun pandan. Kisar semua bahan-bahan tersebut.
6. Bahan-bahan tersebut kemudian diItuang dalam periuk. Masukkan gula dan sedikit perisa pandan. Kacau di atas api yang sederhana besarnya sehingga naik wap.
7. Setelah masak dan pekat, tuang ke atas lapisan bawah yang sedang dikukus tadi selama 25 minit atau sampai masak. Semasa mengukus, tudung pengukus hendaklah dibuka setiap 5 minit supaya air wap tidak jatuh ke atas kuih tersebut.
rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...