Jumaat, 5 September 2014

Info - ‘Mengorek Telinga’ Cara Memperbaiki Kesihatan Jantung


korek 
Sebuah kajian dalam Journal Brain Stimulation melaporkan, mencuit telinga mungkin menjadi salah satu cara mengurangkan rasa sakit dan memperbaiki kesihatan jantung.

Mengaplikasikan stimulasi elektrik pada tragus iaitu bahagian berbentuk segi tiga kecil di depan telinga dapat membantu jantung menyesuaikan kelajuan kadar denyutannya.

Oleh sebab itu, stimulasi ini juga mampu mencegah jantung berdenyut terlalu cepat.



Para penyelidik menggunakan stimulasi elektrik pada saraf dengan alat yang dikenali sebagai Tens yang dapat memberikan signal sakit di otak dengan mengaplikasikan kejutan kecil pada kulit.

Prof. Jim Deuchars daripada Universiti Leeds, England memberitahu, jika Tens dihidupkan, mereka akan berasa geli di telinga, namun tidak sakit.

Menurut Deuchars, walaupun dilakukan pada orang sihat, terapi ini dapat memperbaiki kesihatan jantung mereka.

“Terapi ini mungkin berguna untuk mereka yang mempunyai kegagalan jantung,” ujarnya.

Ketua penyelidik, Jennifer Clansy berkata, denyutan jantung tidak bekerja secara tunggal, tetapi berinteraksi dengan lingkungannya.

Kadar denyutan jantung bertambah cepat atau lambat bergantung pada keperluan.

“Jantung yang sakit lebih seperti mesin yang berdenyut secara normal, sementara stimulasi pada saraf akan meningkatkan denyutannya sehingga 20 peratus,” ujarnya.
mummynemo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...