BAHAN-BAHAN
  • 100gm mi kuning
  • 12 ekor udang bersaiz sederhana besar
  • 1 keping kek ikan | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | diketuk
  • 1 tangkai sawi | dipotong kecil
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 500ml air rebusan udang
  • 2 biji telur rebus
  • Tauhu kering secukupnya
  • Minyak untuk menumis
 
 
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga terbit bau.
2. Kemudian tuangkan air rebusan udang, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Sebatikan.
3. Masukkan udang, sawi, hirisan kek ikan dan tauhu kering. Reneh sehingga sayur menjadi layu.
4. Akhir sekali, curahkan kuah ke dalam mangkuk berisi mi kuning.
5. Hidangkan sementara masih panas.
rasa