Sheikh Abdel Majid
al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran
and Hadith, Universiti King A bdul Aziz Jeddah, Saudi Arabia telah
mengumumkan satu lagi penemuan saintifik yang telah beliau temui yang
membuktikan kebenaran kenabian Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang
menceritakan tentang jarak antara dua pintu syurga.
Kemajuan di dalam bidang
sains dan angkasa dizaman kini telah membuktikan sabda Rasulullah saw
yang telah baginda sampaikan sejak 1400 tahun yang lalu. Padahal baginda
adalah seorang nabi yang diutuskan sebagai ummi, yang tidak tahu
membaca dan menulis sebelumnya.
Sheikh Zindani telah membawa satu hadis dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda:
وَالَّذِى
نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ إِنَّ مَا بَيْنَ الْمِصْرَاعَيْنِ مِنْ
مَصَارِيعِ الْجَنَّةِ لَكَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَهَجَرٍ أَوْ كَمَا بَيْنَ
مَكَّةَ وَبُصْرَى
“Demi Dzat yang jiwaku
ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun
pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar,
atau seperti antara Makkah dengan Bushra.” (HR. Muslim no. 287)
Sheikh tersebut
mengatakan Nabi Muhammad saw memberikan jarak antara dua pintu syurga
adalah sama jaraknya Makkah dan Hajar yang berada di sebelah timur
(sekarang ini Qatar dan Bahrain), dan juga jarak antara Makkah dan
Bushra yang berada di sebelah utara.
Sesuai hadis ini, maka
jaraknya sama seperti jarak antara Makkah dan Hajar atau sama dengan
jarak antara Makkah dan Bushra (Jarak Makkah-Hajar = Jarak
Makkah-Bushra).
Beliau mengatakan adalah
sukar untuk mengukur jarak yang jauh antara dua tempat melalui jalan
darat kerana terdapatnya halangan seperti bentuk mukabumi, jarak yang
tepat hanya boleh diperolehi melalui pengukuran dari udara yang tidak
mungkin dapat dilakukan pada zaman tersebut.
Beliau mengatakan dengan adanya kapalterbang dan satelit dalam abad 20 ini jarak tersebut dapat dihitung dengan tepat.
Ukuran dengan Google
Earth membuktikannya, bahawa adalah benar jarak Makkah-Hajar tepat sama
dengan jarak Makkah-Bushra, iaitu keduanya memiliki jarak yang sama,
1273 km!
*Sumber dari www.tayibah.com/ menerusi detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan