Isnin, 8 September 2014

Rahsia Untuk Mengekalkan Persahabatan yang Kita Semua Patut Tahu

 persahabatan

How Do You Grow a Friendship? by RoseRedd | Mengekalkan persahabatan
Sahabat. Seribu orang kawan belum sama taranya dengan nilai seorang sahabat.

Begitulah ibarat tingginya nilai seorang sahabat. Mencari sahabat sejati umpama mencari mutiara di pasiran. Ia amat berharga tetapi sukar ditemui.

Adakah anda mempunyai sahabat baik? Jika ada, anda patut bersyukur kerana dikurniakan sahabat. Jika anda belum mempunyai sahabat, berusahalah mencarinya.

Ahli bijak pandai pernah menyatakan bahawa “Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak mencari sahabat dan orang yang paling lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dimilikinya.”

Pernah dengar lagu Sahabat dari Najwa Latif? Hayati liriknya.
 


Itulah gambaran sikap dan sifat seorang sahabat. Sahabat itu ialah insan yang sentiasa bersama kita sama ada kita suka ataupun duka.

Ketika kita senang, ramai kawan akan berada di samping kita, tetapi apabila dilanda kesusahan di situlah kita dapat melihat seseorang itu benar-benar sahabat kita ataupun sekadar nama.

Sahabat yang baik tidak menyebarkan keburukan kita

Sahabat yang baik ialah orang yang tahu tentang kelemahan kita tapi akan berbicara tentang kelebihan kita pada orang lain. Ketika orang lain berbicara buruk tentang kita,dia yang menyokong kita dan bercerita tentang kebaikan kita.

Berhati-hatilah mencari sahabat kerana jika tersilap mencari sahabat,sahabat itulah musuh paling berbahaya kerana dia sudah mengetahui kelebihan dan kekurangan kita.

Terdapat satu cara bagi menguji sahabat sama ada dia benar-benar sahabat yang baik ataupun sebaliknya.

Apabila kita ingin mengambil seseorang menjadi sahabat, ujilah sahabat kita dengan membuatnya marah. Kemudian, suruhlah orang lain bertanya padanya tentang kita dan rahsia kita.
Sekiranya dia masih lagi memperkatakan perkara baik tentang kita dan masih lagi menyimpan rahsia kita,maka ambillah dia sebagai sahabat.

8 Rahsia Mengekalkan Persahabatan Sehingga Selamanya

1. Berkawanlah ikhlas kerana Allah

Ya, inilah kunci utama mengekalkan persahabatan. Apabila kita ikhlas berkawan kerana Allah , kita dapat menerima kelebihan dan kekurangannya.

2. Jangan menjadi api

Sudah menjadi lumrah dalam perhubungan persahabatan, adakalanya timbul salah faham yang mengakibatkan pergaduhan. Ketika salah seorang menjadi api, biarlah kita menjadi air. Mengalah bukan bererti kita kalah.

3. Tanam sifat saling percaya

Dalam perhubungan persahabatan ,adakalanya ada pihak ketiga yang cuba memporak perandakan hubungan anda. Jangan bertindak melulu. Percayalah sahabat anda kerana anda lebih mengenalinya berbanding orang lain.

4. Sentiasa berbincang

Ketika berlakunya salah faham, ambillah masa untuk bertenang. Setelah menenangkan diri, berjumpalah dengan sahabat anda dan berbincang dengannya tentang masalah yang berlaku.
Dengar dahulu penjelasan daripada sahabat anda sebelum anda menjatuhkan ‘hukuman’. Mungkin berlakunya salah faham atas sebab masalah dalam komunikasi antara anda berdua.

5. Carilah orang tengah yang mampu membantu

Ketika berlakunya salah faham , carilah orang tengah yang mampu membantu anda dan sahabat anda menyelesaikan salah faham.
Namun, anda haruslah berhati-hati kerana jika tersalah pilih orang  , orang tengah mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan anda dan sahabat anda.

6. Luangkan masa bersama

Masing-masing akan sibuk dengan kehidupan sendiri.Namun,carilah waktu dan luangkan masa bersama-masa. Tidak perlulah sampai menonton wayang, bersiar –siar atau sebagainya.
Cukuplah duduk berdua dan bercerita tentang diri masing-masing ketika ada waktu terluang.

7. Terimalah kelebihan dan kekurangannya

Memang tiada manusia yang sempurna. Kadangkala kekurangannya menguji kesabaran kita.Contohnya,sahabat kita memang seorang yang panas baran.
Kadangkala tanpa sebab yang pasti kita dimarahinya.Bersabarlah.
Terima sikap itu sebagai kekurangannya sebagaimana dia menerima kekurangan kita. Manusia ni tiada yang sempurna kan?

8. Sentiasa bersama di kala susah dan senang

Carilah sahabat yang mampu bersama di kala kita senang mahupun ketika ditimpa kesusahan. Kawan ketawa mudah dicari, tetapi kawan menangis susah dicari.
Mesti anda pernah dengar kan?
Carilah sahabat yang mampu berbahagi kesenangan dan kesusahan bersama kita.

Penutup
Hidup terlalu sunyi tanpa seorang sahabat.
Seorang sahabat boleh menjadi seseorang yang amat penting dalam hidup kita. Agama kita juga menganjurkan kita bersilaturrahim. Ikatan persahabatan juga boleh disemarakkan lagi dengan saling memberi hadiah.
Kehidupan para ulama salaf juga penuh dengan perkara seperti ini. Mereka saling memberi hadiah, sekecil apapun bentuknya, kadangkala ada yang hanya berupa kurma yang belum masak, ada yang berupa setangkai bunga mawar, ada yang hanya berupa garam yang ditumbuk dan tumbuhan yang wangi harumnya.
Sabda Rasulullah,
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang”
Tertapi kadang-kadang sahabat juga boleh menikam kita dari belakang. Bila terkena dengan sahabat baik kita sendirilah yang akan memberikan rasa paling sakit dan perit dihati. It’s feel torn apart inside.
Pernahkah anda dikhianati sahabat  ?

Atau anda sudah menemui seorang atau lebih sahabat yang sangat baik dan bermakna kepada anda?
 http://akuislam.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...