Selasa, 8 Julai 2014

Yahudi Fanatik Peluk Islam

Yusuf Muhammad Khatab sekeluarga
Namanya Joseph Cohen, seorang Yahudi fanatik warga Amerika Syarikat. Pada tahun 2008, demi kecintaan pada Yudaisme, dia berpindah ke Israel.

Namun tiga tahun kemudian, dia memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Yusuf Muhammad Khatab. Sejak itu pula, dia menjadi pendukung setia Hamas. Sebuah gerakan  Islam yang menentang penjajahan Israel terhadap Palestin.
 

Kini, Josep alias Yusuf tak ingin lagi mengucap kata Israel. Ia bahkan menyebut tanah yang diduduki Israel sebagai wilayah Palestin.
Hidayah Allah diterima oleh Yusuf ketika dia tinggal di Kota Netivot, sebuah kawasan gurun di Israel. Saat dia berbincang dengan seorang syeikh dari Uni Emirat Arab (UAE) via internet. “Saya menghabiskan waktu berjam-jam dengan Syeikh, berdiskusi tentang teologi,” kata beliau ketika diwawancarai Israel TV beberapa waktu lalu.

Setelah itu, dia pun mencuba membaca Al-Quran, kitab suci umat Islam. Lambat-laun, pandangan Yusuf tentang Yudaisme mulai berubah. Dalam penilaiannya, Yudaisme seakan sama dengan rasisme.

Saat itu juga, Yusuf mengatakan pada isterinya, Luna, hasratnya ingin menukar agama dengan memeluk Islam. Sebagaimana dirinya, Luna juga merupakan seorang Yahudi fanatik. “Dengar sayang,” kata Yusuf. “Aku sangat mencintaimu, namun aku harus jujur padamu…”
“Aku membaca Al-Quran, dan sangat kagum dengan apa yang terkandung di dalamnya. Dan jika harus mengatakan bahawa aku seorang beragama Yahudi, maka aku adalah pembohong,” tegasnya kepada isterinya. Rupanya Luna tidak terkejut dengan kata-kata suaminya. Bahkan, dia pun menyokong keputusan Yusuf dengan memeluk Islam bersama-sama, termasuk anak-anak mereka.

Mereka sekeluarga telah berpindah dari Netivot ke lingkungan Arab di Yerusalem Timur. Anak-anak mereka tidak lagi belajar Taurat. Padahal di sekolah, mereka termasuk murid-murid menonjol dalam pelajaran tersebut. “Kini, anak-anak mereka belajar Al-Quran,” kata Yusuf. Yusuf juga sangat menyokongHamas. Dan dia percaya, bahawa negara Islam harus didirikan di mana Israel dan Palestina kini berada.

Kini, Yusuf tak ingin lagi dikaitkan dengan masa lalu Yahudi-nya. Dia menegaskan dirinya 100 peratus Muslim.

*Sumber dari cintarindurasul.blogspot.com menerusi detik islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...