Selasa, 7 Mei 2013

10 Sebab Cuci Motor Adalah Lebih baik Dari Berkhalwat

Gejala sosial di Malaysia kian meruncing, terutama di bandar-bandar besar. Akibat pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ni, timbul banyak isu zina, isu buang bayi, isu anak perempuan lari dari rumah, isu rempit, dan pelbagai lagi isu. Pelbagai usaha kerajaan untuk membendung permasalahan ini tetapi tidak juga menjadi. Jadi blog Melayukini.net nak cuba la untuk atasi masalah penduduk Malaysia, terutama lelaki yang suka mengajak makwe yang tidak dinikahinya lagi berkhalwat tak tentu pasal ni. Mari ikuti 10 sebab kenapa cuci motor adalah lebih baik dari berkhalwat.


Gambar hiasan – Lelaki alim suka cuci motor




1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah. Paling baik dilakukan di hadapan ibu bapa supaya sejuk mata mereka memandang.

2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan, takut-takut jiran-jiran ke nampak yang kita sedang menggosok dada motor.

3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun. Motor hanya akan menderum apabila enjin dimulakan.

4. Boleh tangguh cuci motor beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap gula-gula atau chewing gum tanpa sesiapa yang rasa tak puas hati. Tak ke best ni?

5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor. Pasang niat nak cuci motor kerana Allah SWT, insyaAllah dapat pahala lagi.

6. Lepas cuci motor boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin. Hehe tapi jangan lebih-lebih pulak, sebab karang ada yang akan dihantar ke hospital bahagia pulak.

7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh. Asalkan ada air yang mengalir.

8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin motor tiada yang larang. Tapi kalau nak pancut air dalam enjin banyak-banyak takut rosak pula enjin. Masih perlu beringat.

9. Nak cuci motor setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda. Ibu bapa akan tersenyum. Badan pun insyaAllah jadi sihat.

10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor. Kalau diorang nak la kan. Hehe

Kesimpulan – Di harap 10 sebab ini dapat memotivasikan lagi diri korang untuk pergi cuci motor atau kereta (bagi yang sudah ada kereta) dan tinggalkan hasutan syaitan untuk pergi berkhalwat. CAKAP TIDAK KEPADA ZINA!
majalah gelihati/ http://melayukini.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...