Kehidupan
seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan
dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah.
Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara
utama yang perlu diselesaikan.
Akhirnya,
kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut. Untuk menjadi seorang
yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam
membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting.
Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.
1. Tarik Nafas.
Ingat
lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu?
Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan
kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran
anda.
2. Ambil Wudhuk.
Jika
anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan
fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani
kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah
kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan
dan wajah akan pasti kembali ceria.
3. Tulis.
Ada
banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu
mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda
mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan
menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk
mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja
menulis.
4. Kenalpasti Yang Utama.
Setelah
anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti
yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating
system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi
jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup
anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya?
cinta?
5. Buang Yang Tidak Penting.
Pangkah
atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan.
Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa
yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”.
Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran
anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya
membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan
masalah-masalah lain yang lebih penting.
Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.
6. Cukup Rehat & Tidur.
Dengan
memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat
memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda
anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar
berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar
ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.
7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi.
Akhbar
harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati.
Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang
negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita
ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan
pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah
berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.
Menonton
TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh
tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda
tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas
kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam
minda anda. Kurangkan menonton TV.
8. Kembali Kepada Alam.
Dalam
kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas.
Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju.
Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu
dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu
dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian
demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan
demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku.
Bawa
keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan
waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan,
anda akan dapat memberi fokus.
9. Lepaskan.
Anda
risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda
lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk
mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan
melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas
dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun
perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah
tidak menguntungkan. Fikirkanlah.
10. Kemas Ruang Anda.
Tempat
kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang
kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas
sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar
akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan
anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.
11. Berkongsi Masalah.
Jangan
simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang
yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka.
Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam
menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar
tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah
dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.
12. Sedikit Lagi.
Ingat
lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga
langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.
13. Buat.
Fikir
dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling
penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan
bertangguh!
pemanis kata blogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan