Kita mengharap setiap mimpi indah menjadi satu realiti kehidupan kita.. Kita mendesak dan amat merasakan keinginan yang kuat dalam dakap dada untuk mencapai impian itu.. Namun sering saja kita kecundang di sebalik erti kehidupan, di mana kita adalah manusia yang merancang.. Tetapi Allah SWT telah menyediakan yang terbaik untuk kita
Dikau mengajar aku erti kesetiaan, tapi aku masih lagi ampuh.. Dalam aku leka, kamu sabar dengan lagaknya aku hilangkan sukamu.. Menjadi duka, dan tersenyap pilu akan satu tangisan.. Tersentap lagi.. Dan terus hanyut..
Terlalu pekat dan terlalu jauh.. Terlalu hitam dan sebarang kemungkinan itu, membuatkan aku semakin hilang akan satu arah.. Jika masih ada ruang di dalamnya, berikan aku waktu dan masa untuk hadir.. Jika sudah tiada kesempitan waktu dan masa, biarkan saja luka itu menjadi nanah.. Biar hilang semua..
Benarkah itu cinta? Atau kita yang diperdaya dengan
kehinaan di hias hingga mempersonakan.. Sementaraan dinampakkan kekal
dan segala yang busuk terbau harum.. Segala yang keji ternampak indah
Ya, benar cinta itu membahagiakan bukan mengecewakan..
Kita tidak inginkan kebahagiaan yang bersifat sementara dan kebahagiaan
sementara ini tak lebih dari jajaan sahaja. Kita perlukan cinta bukan
nafsu cinta.. Kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan
kerana cinta itu sendiri
Dan aku masih lagi dalam mencari ertinya cinta.. Masih lagi
mencari ertinya kebahagiaan.. Dan tercari cari.. Dan masih lagi
mencari..
Ku temuinya di sebalik senyumanmu.. Ku dakap mesranya
lirikan matamu.. Ku temui bahagianya melihat senyumanmu.. Cinta jua
membuatkan aku gundah dan terluka.. Dan penawarnya ada kamu, memberi
seribu kebahagiaan padaku
Tiada yang lebih berharga dari hari ini.. Hari yang masih
kita miliki untuk kita hiasi dengan amal penyelamat diri, dari azab
neraka yang tidak terperi juga untuk syurga dan keredhaan Ilahi..
Ringakanlah bebanmu untuk hari ini, untuk kau galas segala kemuliaan
diri.. Juga untuk jiwamu tabah menongkah ombak kehidupan setinggi langit
Nota:
Sekadar berkongsi cerita.. Membayangkan
satu kisah cinta seorang gadis yang kecewa, kemudian di bertemu cinta
baru.. Mekar.. Dan kembang dengan segarnya~
http://www.sentuhanmaya.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan