"Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya"
Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah ini kebanyakkannya adalah sahih.
Khasiat surah Al-Waqiah :
1.
Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai
pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan. Kelebihan
surah ini dinyata dalam pesanan Uthman bin Affan kepada Abdullah yang
sedang sakit tenat.
Uthman
berkata : " Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu.
Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan kamu menjadi
miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah
"Al-Waqiah" tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW
bersabda: "Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan jadi miskin
selama-lamanya."
2. Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.
3.
Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya
setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.
4.
Surah al-Waqiah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang
nazak. Insyaallah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.Jika
dibaca disisi orang sakit, Insyaallah diringankan kesakitannya. Selain
itu, boleh juga dibaca kepada orang yang hendak bersalin sebagai
selusuh.
Insyaallah
dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang
diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa
dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan
izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita
berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan
yang kurang bernasib baik.
Buat
peringatan,amalan membaca surah ini janganlah hanya berpaksikan
kekayaan dan kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah surah Al- Waqiah
ini dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredhaan. Bacalah
surah ini dengan besertakan niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak,
kita akan perbanyakkanlah amal ibadat dan jariah. Insyaallah dengan niat
yang suci ini, Allah akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah.
http://khalifahalhidayah.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan