Punyer la Haku mengidam nak makan donut... Jenuh carik satu Puchong haram nak jumpa. Yang ada pon tembam semacam konpem tak gebu, donut mampat Haku tak suka. Haku takmo donut komersial mcm Big Apple ke Jco ke. Haku nak donut biasa jer bergula sudah. Ada satu kat Ampang Park depan BSN donut kat situ memang sedap lembut tak mampat, Tapi tu la semedang takde asal pegi jer tak jual tapi bila ada siap ko empat bijik sekali Haku beli. saiz agak besar harga pon besar la seketul RM1.50. Tapi apa adahal janji sedap untuk tembolok Haku.
Jenuh carik takdekan sudahnya buat la sendri tekak nak makan sangat-sangat dah, Dah masuk ketegori mengidam dah ni, tapi bukan ngidam ngandung... ngidam cacing-cacing dalam perut yang nak makan muuahahhaa. Seperti biasa rujukan Haku kat Joy Of Baking, Bahan tak banyak dan senang nak buat. Cuma part menguli tu kena sungguh-sungguh la.
Jom tengok resepi.
Bahan-bahan
2 Cawan tepung gandum
3 sudu butter
1 1/2 sudu teh yis (mauripan)
1/2 cawan susu cair (suam)
1 biji telur (pukul sket)
3 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam
Caranya
Masukkan tepung, yis dan butter gaul butter mcm buat pastry..Guna hujung
jari sampai jadi mcm bread crumbs. Masukkan garam dan gula.
Buat well tengah-tengah tepung kemudian masukkan telur dan susu suam.
Gaulkan dengan cara menarik tepung bahagian atas sampai menutup bancuhan cair.
Gaul sampai dapat segumpal mcm kat atas.
Transfer atas meja dan uli sampai adunan elastik dan tak melekat-lekat.
Sebaik adunan tak melekat terus peram dalam mangkuk dan tutup denagan
kain bersih, sebelum tu mangkuk sapu dengan butter sekelilingnya.
Bila adunan dan naik kembang.. kluarkan dan uli. Part ni boleh dibentukkan dan peram sekali lagi
Hasil peraman kedua naik gebus mengebus. Selepas naik kali kedua ni
boleh la digoreng dengan api yang tidak terlampau panas. Kemudian hias
dengan cheese, gula, coklat atau apa-apa jer ikut tekak anda. Siap!.
http://ogysijemariseni.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan