Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru

kad ucapan hari guru 2013 5 koleksi kad ucapan dan cara sambutan hari guru 2013 





16 Mei 2013 Hari Guru dan tema satu Aspirasi satu Agenda
ucapan hari guru 2013 16 mei 2013 hari guru dan tema 1aspirasi 1agenda
Terlebih dahulu,Mysumber mengucapkan selamat hari guru kepada semua cikgu di Malaysia yang akan menyambutnya pada Khamis ini

Sebagai pelajar,mesti tertanya-tanya kenapa 16 Mei dipilih sebagai tarikh menyambut ‘Hari Guru’
Secara ringkasnya berpandukan sejarah  pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita

Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu

Pada tahun 2013, tema hari guru adalah ’1Aspirasi 1Agenda dan huraian adalah seperti berikut

1ASPIRASI

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi

1AGENDA
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara
 http://www.mysumber.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...