Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar semua?? Kalau sihat, ucap ALHAMDULILLAH sebab ALLAH SWT bagi nikmat kesihatan pada kita.. tak sihat pun ucap ALHAMDULILLAH sebab ALLAH SWT bagi kita nikmat kesakitan sebagai kafarah dosa disamping untuk kita dekatkan diri lagi dan lagi pada-NYA.
Dalam hidup ini ada sahaja perkara yang membuatkan kita menjadi serba salah.
Itulah perkara yang boleh dikatakan wajib untuk aku tempuhi sepanjang
masa dan keadaan. Memang serba salah sangat-sangat dibuatnya. Tapi, kena
buat jugak. Mana tak serba salahnya, bila jumpa orang kat dalam masjid
dan kita buka cerita tentang agama sikit...orang 'kaki' masjid kata;
"Kami dah datang masjid, jumpalah orang kat luar sana yang tak reti nak datang masjid tu.."
Bila jumpa orang kat luar, mereka pulak cakap;
"Kalau nak cerita-cerita agama ini dalam masjid..bukan kat luar macam ini..."
Kalau jumpa orang Islam, mereka akan cakap;
"Kenapa jumpa kami??? KAMI DAH PUN ISLAM...jumpalah orang BUKAN ISLAM.."
Bila jumpa orang BUKAN ISLAM, mereka pula kata;
"Jumpalah orang Islam sendiri...kami MINUM, mereka pun MINUM.. kami
tikam nombor, mereka pun tikam nombor.. kami pergi disko, mereka pun
pergi bahkan jadi kaki disko.."
ALAHAI DUNIA... kadangkala ia boleh memeningkan diri ini..
chayok..chayok!!! ^__^ | http://kum-pun.blogspot.com |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan