Sabtu, 4 Mei 2013

Ukiran sekecil sel darah di atas sehelai rambut


Seorang lelaki mencabar dirinya untuk membuat karya sekecil mungkin di dunia. Willard Wigan akhirnya berjaya membuat karya saiz mikroskopik di sehelai rambut. Ia membuat ukiran motosikal yang ukurannya sekecil sel darah.

Ukiran motosikal tersebut berukuran 3 mikron dan hanya boleh dilihat memakai mikroskop. Lelaki berusia 55 tahun itu berkata memilih motosikal kerana melihat helaian rambut seperti jalan. Willard melubangi serpihan rambut dengan alat khusus dan mengukirnya dengan pisau bersaiz sel darah.
 
 
 
Williard menghabiskan masa 16 jam sehari selama 5 minggu untuk mengukir motosikal itu. Tempoh pembuatan yang lama disebabkan ukurannya yang mikroskopik membuatnya rapuh. Bahkan denyut nadi di jarinya mampu menghancurkan ukiran tersebut sehingga membuat Willard melakukannya diantara degupan jantung.

Willard mengaku proses pembuatannya sangat mencabar dan perlu tahap ketelitian yang tinggi. Inilah kali pertama Willard menggunakan rambut sebagai kanvasnya.

"Pembuluh darah di mataku pecah kerana menatap tajam melalui mikroskop. Ini adalah projekku yang paling mencabar," tutur Willard. "Ibuku selalu mengatakan padaku 'semakin kecil kamu boleh maka semakin besar namamu'. Dia terus mendorongku sehingga aku juga mencabar diriku sendiri." - wk
 http://realitiabadi.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...