Isnin, 4 Ogos 2014

Keadaan Di Hospital Gaza Umpama Khiamat


  
Gaza – Ia umpama hari khiamat. Itu gambaran seorang doktor dari Britain, David Nott yang bertugas secara sukarela dengan Palang Merah di Gaza.

Menurut Nott, yang pernah bertugas di medan perang termasuk Bosnia dan Iraq, pada hari pertama gencatan senjata selama 72 jam dilaksanakan, dia terpaksa bertugas selama 12 jam di hospital Gaza.




“Saya menghabiskan masa selama 12 jam dalam bilik bedah di hosputal Al-Shifa di Gaza dan ia merupakan hari yang sukar.

“Kami mempunyai pesakit seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, yang mengalami kecederaan teruk akibat letupan. Terdapat lubang di bahagian perut belakang dan dada.

“Nasib baik kita berjaya menyelamatkannya,’’ katanya.

Jelasnya, kebanyakan pembedahan dijalankan ke atas kanak-kanak dan remaja.

“Pada waktu tengahari, kami mendengar hospital akan dibom dan ketika itu saya sedang melakukan pembedahan dan tidak boleh meninggalkan pesakit. Hanya saya dan rakan setugas.

“Kami hanya bersembunyi dalam bilik bedah,’’ katanya.

Lebih menyayat hati bagi Nott apabila dia membedah seorang lelaki berusia 25 tahun akibat serangan bom, tetapi lelaki itu gagal diselamatkan.

Jelasnya, beberapa hari lalu, hanya dalam masa 20 minit, seramai 140 orang tiba di hospital akibat cedera dan rakannya dari Itali, Dr Mauro Della Torre, terpaksa melakukan pembedahan di atas lantai.

“Bilik bedah di hospiral Al-Shifa adalah yang paling huru-hara di dunia tetapi ia masih berfungsi,’’ katanya.
mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...