10 Ramadhan, ulang tahun
wafatnya isteri tercinta dan paling setia, merangkap seorang ibu yang
paling penyayang. Dialah Sayyidah Khadijah al-Kubra r.a. Sayyidah
Khadijah adalah seorang wanita yang telah mengorbankan jiwa, raga dan
hartanya untuk Islam, sehingga kita sebagai umat Islam pada hari ini
sangat terhutang budi kepadanya. Justeru, ambillah sedetik waktu untuk
kita mengenang kembali pengorbanan beliau dan mendoakannya supaya roh
beliau tenggelam dalam lautan rahmat dan kasih sayang Allah swt.
Sayyidah Khadijah adalah
isteri pertama Nabi Muhammad Saw dan wanita pertama yang masuk Islam.
Dari sisi nasab dan keturunan, beliau memiliki status sosial dari
keluarga terhormat yang memiliki kedudukan yang sangat istimewa di
antara golongan wanita Jazirah Arab dan Quraish. Manakala dari sudut
kesempurnaan, kecantikan, karakter dan kemurahan hati, beliau menjadi
kebanggaan bagi para wanita pada masa itu.
Sejak usia remaja,
Sayyidah Khadijah menjadi salah satu perempuan dan pedagang paling
terkenal di Hijaz. Wanita suci dan agung tersebut menjalankan aktiviti
perdagangannya berdasarkan ciri dan karakter utama kemanusiaannya.
Ketika berdagang, beliau tidak pernah melakukannya dengan cara yang
salah untuk meraih keuntungan. Beliau sentiasa berusaha melaksanakannya
dengan tidak keluar dari jalur yang benar. Kejujuran dalam berdagang
membuatnya dipercayai oleh masyarakat di Hijaz.
Sayyidah Khadijah
menggunakan kekayaan berlimpah beliau untuk membantu orang-orang miskin,
anak-anak yatim dan keluarga mereka, bahkan di atas kemurahan hati
tersebut, beliau disebut sebagai" Ibu orang-orang miskin" dan "Ibu
anak-anak yatim." Kemuliaan, kemurahan hati, kearifan, kebijaksanaan,
kesederhanaan dan kesucian Sayyidah Khadijah telah menjadikan beliau
sebagai wanita terkemuka dan dihormati. Gelar "Pemimpin Wanita Quraish"
yang diberikan kepada beliau menunjukkan kedudukan tinggi beliau di
antara masyarakat Jazirah Arab.
Pada waktu itu, Sayyidah
Khadijah dikenal sebagai satu-satunya perempuan pedagang. Pada waktu
yang sama, ada seorang pemuda bernama Muhammad yang dikenal dengan
kejujuran dan sifatnya yang amanah. Sifat-sifatnya yang mulia akhirnya
tersebar di seluruh penjuru Hijaz dan beritanya juga sampai ke telinga
Sayyidah Khadijah. Beliau mendengar sifat amanah dan akhlak mulia serta
gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad Saw sebagai "Al-Amin."
Segala sifat mulia yang
dimiliki Muhammad saw membuat Khadijah menjadi tertarik dengan pemuda
ini. Khadijah kemudian memilihnya sebagai pimpinan rombongan dagangnya.
Sebagai pimpinan kafilah dagang, Muhammad Saw berhasil membawa
keberuntungan yang tidak pernah diperolehinya selama ini. Hal ini
membuat Khadijah semakin tertarik dengan keperibadian pemuda itu.
Keagungan jiwa, pemikiran dan cara hidup Muhammad Saw membuat Khadijah
ingin hidup bersatu dengannya dalam sebuah rumah tangga.
Meskipun orang-orang
kaya Quraish datang untuk meminang Sayyidah Khadijah, tetapi beliau
tidak menerimanya. Beliau telah terpikat dengan kejujuran, akhlak mulia
dan kerohanian Muhammad Saw. Akhirnya, Khadijah melamar Muhammad Saw dan
beliau pun menerima lamarannya.
Setelah menikah dengan
Muhammad Saw yang miskin, perempuan-perempuan Mekah memutuskan hubungan
dengan Sayyidah Khadijah. Bagi menghadapi situasi tersebut, suatu hari
beliau mengumpulkan wanita-wanita Mekah dan mengatakan, "Aku mendengar
dari para perempuan Arab bahawa suami-suami kalian memprotes aku
bernikah dengan Muhammad Saw. Sekarang aku bertanya kepada kalian,
apakah di Mekah dan di tempat lainnya kalian akan mampu menemukan orang
seperti Muhammad Saw yang memiliki keindahan dan kemuliaan akhlak, sifat
terpuji, nasab dan martabat agung?"
Rentetan kenyataan
tersebut, beliau telah memahamkan kepada mereka bahawa orang yang
sepadan dengan Muhammad Saw tidak dapat ditemui, namun beliau tidak
mampu melenyapkan kebodohan dari hati mereka. Beliau juga tidak mampu
memberikan perubahan signifikan terhadap sikap perempuan-perempuan Mekah
itu.
Sayyidah Khadijah adalah
isteri pertama Nabi Muhammad Saw dan sepanjang hidup beliau, Rasulullah
Saw tidak pernah mengahwini perempuan yang lain. Dari hasil perkahwinan
tersebut, lahirlah dua anak laki-laki: Qasim dan Abdullah, dan empat
anak perempuan: Zainab, Ummu Kultsum, Ruqayah, dan Fatimah, namun kedua
putera beliau meninggal dunia sebelum beliau diutus menjadi rasul.
Sayyidah Khadijah adalah
wanita agung Islam dan perempuan pertama yang masuk Islam. Sementara
Ali bin Abi Thalib adalah laki-laki pertama yang masuk Islam. Kemuliaan
tersebut sudah cukup bagi Sayyidah Khadijah untuk menjadi isteri
Rasulullah Saw, bahkan kekayaan beliau yang dikorbankan untuk Islam
telah menjadi faktor penting dalam perluasan agama Samawi tersebut.
Salah satu sahabat Nabi
Muhammad Saw berkata, "Suatu hari Rasulullah Saw melukis empat garisan
di tanah dan berkata, apakah kamu tahu maksudnya? Mereka yang berada
bersama beliau tidak mampu meneka dan hanya mengatakan, Allah Swt dan
Nabi-Nya lebih mengetahuinya. Kemudian beliau bersabda,
"Perempuan-perempuan terbaik di syurga ada empat orang: Khadijah r.ah
isteriku, Fatimah r.ah puteriku, Asiah isteri Firaun dan Maryam ibu Isa
as."
Sayyidah Khadijah adalah
seorang isteri yang setia, penuh kasih sayang dan pengorbanan. Beliau
penolong terbaik bagi Rasulullah Saw dalam setiap kesulitan. Syair fasih
dan bermakna beliau tentang Rasulullah Saw mencerminkan ilmu dan
kesempurnaan cinta beliau kepada suaminya itu. Dalam sebuah syair
tentang Nabi Muhammad Saw, Sayyidah Khadijah mengatakan, "Jika semua
nikmat di dunia menjadi milikku dan jika semua kerajaan dan raja-raja
menjadi milikku, maka menurutku semua itu tidak ada nilainya sama sekali
jika aku tidak dapat menatapmu."
Sayyidah Khadijah adalah
wanita sempurna dan memiliki keperibadian yang agung sehingga beliau
lebih istimewa dibandingkan dengan isteri-isteri Rasulullah Saw yang
lain, bahkan Rasulullah Saw sangat mencintai beliau. Menurut sejarawan,
Aisyah binti Abu Bakar, salah satu isteri Rasulullah Saw, mengatakan,
”Aku selalu kagum dengan cinta Nabi Saw kepada Khadijah; beliau selalu
mengingati Khadijah, hingga suatu saat aku hilang sabar dan aku berkata,
dia tidak lebih hanya seorang wanita tua dan Allah Swt telah
memberikanmu yang lebih baik dari dia. Perkataanku telah membuat beliau
marah hingga tanda kemarahan beliau tampak di wajahnya."
Mendengar perkataan
Aisyah tersebut, Rasulullah kemudian berkata, "Selamanya tidak
demikian…tidak akan pernah ada isteri yang lebih baik dari Khadijah.
Ketika semua orang mendustakanku, Khadijah beriman kepadaku. Kekayaannya
diberikan kepadaku pada saat-saat yang paling getir. Darinya, Allah Swt
telah memberikan anak-anak kepadaku yang tidak diberikan oleh
isteri-isteriku yang lain. "
Selama 25 tahun hidup
bersama Nabi Muhammad Saw, Sayyidah Khadijah telah memberikan
pengorbanan besar kepada beliau dan Islam. Dukungan kewangan, mental dan
spiritual kepada Rasulullah Saw, keyakinan dan pembenaran atas kenabian
beliau di saat orang-orang mendustakannya, serta pertolongan beliau
kepada Nabi Saw dalam menghadapi orang-orang musyrik adalah bagian dari
pengorbanan besar beliau kepada Rasulullah Saw dan Islam.
Ketika Nabi Muhammad Saw
menjalankan tugas beliau sebagai utusan Allah Swt untuk membimbing umat
manusia, orang-orang musyrik mengganggu dan memusuhi beliau. Di
saat-saat seperti itu, isteri yang mengerti dan penuh kasih sayang
seperti Khadijah adalah penenang hati terbaik yang meredakan kesusahan
tersebut.
Ibnu Ishaq, seorang
sejarawan terkenal menulis, "Nabi tidak mendengar perkataan kaum yang
menolak dan mendustakan, di mana menyebabkan kesedihan dan mengganggu
pemikirannya, kecuali Allah Swt telah menghilangkan kesedihan itu
melalui Khadijah. Khadijah telah meringankan beban berat dari
ucapan-ucapan kasar yang dilontarkan kepada Rasulullah Saw dan
membenarkan beliau. Beliau juga memandang hina kepada perilaku dan
kelancangan orang-orang musyrik kepada Rasulullah Saw.
Hari kesepuluh dari
bulan Ramadhan adalah hari terakhir bagi seorang perempuan yang selama
25 tahun senantiasa mengiringi langkah utusan terakhir Allah Swt. Nabi
Muhammad Saw pada hari semacam ini harus merelakan isteri tercintanya
untuk kembali kepada Yang Maha Kuasa. Sebuah peristiwa yang menyayat
jiwa beliau setelah beberapa waktu sebelumnya beliau kehilangan bapa
saudaranya Abu Thalib as.
Wafatnya Sayyidah
Khadijah begitu mempengaruhi beliau, sehingga tahun itu disebut sebagai
"tahun kesedihan" (Am al-Huzn). Ketika Sayyidah Khadijah as wafat, Nabi
Muhammad Saw menangis. Nabi mengusap air matanya yang bercucuran dengan
kedua tangannya ketika memakamkan isteri tercintanya. Pada waktu itu
beliau berkata, "Tidak ada yang dapat menandingi Khadijah. Ketika semua
mendustakanku, dia membenarkanku. Dia menjadi penolongku dalam
menyampaikan agama Allah Swt dan dengan hartanya, dia membantuku.
Al-Fatihah buat Srikandi Islam, Ummul Mukminin Sayyidah Khadijah r.ah.
http://faizassyirazi.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan