Air boleh 'mendengar'
Soalan
ASSALAMUALAIKUM.
Boleh Tuan Haji terangkan mengapa perubatan Islam menggunakan air
penawar atau air jampi? Boleh terangkan bagaimana dengan membaca ayat
Al-Quran ke atas air dapat mengubati penyakit. Saya kurang faham bagaimana air penawar boleh menyembuhkan penyakit.
* Cik Marissa, Kuala Terengganu
Jawapan
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia. Kepentingan air sama seperti oksigen. Air
adalah elemen penting demi kelangsungan hidup manusia, jika manusia
tidak minum air selama seminggu, manusia boleh mengalami kegagalan
serius organ dalaman dan menyebabkan kematian. Di dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat menceritakan kepentingan air untuk manusia dan segala kehidupan di muka bumi. Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 30: "Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup."
Air
membentuk 55 hingga 57 peratus berat badan kita dan memainkan peranan
penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Pengambilan air dalam
jumlah mencukupi amat penting untuk tubuh menjalankan fungsi dengan
sempurna. Air mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke ginjal. Oleh
kerana itu, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan
daripada tubuh. Kekurangannya 'memaksa', ginjal bekerja lebih keras
untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkan ginjal
rosak.
Lebih 70
peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Jika air di dalam
tubuh bersih dan suci, sel tubuh lebih sihat dan kuat. Pengambilan
air bersih dan mencukupi boleh merangsang sistem pertahanan badan,
metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel badan menjadi tidak normal
dan tidak sihat.
Rahsia keindahan kristal molekul airDr.
Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendedikasi hidupnya
mengkaji perubahan bentuk kristal molekul air yang didedahkan kepada
pengaruh positif dan negatif. Beliau mendapati, apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan positif, air membentuk molekul kristal indah. Dalam
satu eksperimen, air yang didedahkan kepada doa agama Shinto dibekukan,
didapati mempunyai molekul bentuk kristal bersegi enam yang indah. Eksperimen diulang dengan perkataan Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun) dibacakan di depan botol air. Hasilnya, terbentuk kristal molekul sangat indah. Keputusan sama berlaku apabila air dihadapkan tulisan huruf Jepun, "Arigato".
Dr. Masaru
turut mendedahkan air kepada bacaan doa mengikut agama Islam. Hasilnya?
kristal molekul air membentuk kristal indah segi enam lima cabang daun
berkilau indah. Beliau
menggunakan air zam-zam dan mendapati ia terdiri daripada kristal
molekul air bercabang dan berkilauan. Itulah kuasa Allah. Eksperimen
turut mendedahkan pengaruh negatif kepada air. Apabila air didedahkan
kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, didapati kristal molekul
air tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur dan buruk. Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan memahami' kata dan doa.
Dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit. Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit. Selepas
pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon
kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air
penawar.
Teori Dr.
Masaru Emoto mengenai perubahan kristal molekul air boleh menerangkan
kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci
al-Quran. Pembacaan
ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air
penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif
kepada peminumnya.
Rahsia air zam-zam Rahsia
kehebatan air zam-zam terserlah apabila rahsia Kaabah disingkap. Di
bawah empat penjuru (empat segi) bentuk Kaabah terkandung rahsia air
bersifat alkali. Air
zam-zam, merakam segala niat jemaah secara gema gelombang, penyerahan
harus diniatkan dengan baik seperti memohon keampunan, murah rezeki,
penyembuhan penyakit, keinsafan dan sebagainya.
Setelah
seseorang itu melakukan tawaf tujuh kali pusingan, di situ berlaku
resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) memberikan kesan
positif terhadap tubuh badan setiap Muslim yang melakukan ibadah tawaf.
Jemaah akan terasa begitu hening, tenang dan lapang. Segala
doa dari para ribuan jemaah setiap hari yang mengelilingi Kaabah semasa
melakukan ibadah tawaf dilakukan hampir 24 jam tanpa henti kecuali
waktu solat fardu dan segala ibadah lain seperti solat dan membaca kitab
Al Quran dirakamkan oleh molekul air zam-zam. Ini membentuk keindahan dan pesona kristal molekul air zam-zam bila kita bandingkan dengan kristal molekul air lain.
Air penawar dalam perubatan Islam menggunakan air sebagai satu elemen penting dalam perubatan Islam. Allah menceritakan perihal penggunaan ayat sebagai ubat penawar manusia. Firman Allah dalam Surah al-Israa' ayat 82: "Dan
kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat suci yang
menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadaNya".
Dan dalam Surah Fussilat ayat 44: "Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk & penawar bagi orang yang beriman".
http://myblogsantai.blogspot.com/utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan