Busuk dan kotor. Hanya dua perkataan ini yang dapat menggambarkan sumber air minuman yang mereka mampu perolehi. Kehidupan penduduk setinggan Mirpur di Dhaka,Bangladesh
menidakkan mereka untuk memilih sumber bekalan air bersih selain
daripada air daripada paip-paip pecah yang mereka temui. Disebabkan
jumlah penduduknya yang terlalu ramai, mereka perlu beratur berjam-jam
lamanya sekiranya mereka ingin mendapatkan bekalan air yang bersih.
Begitulah
kehidupan manusia di negara yang susah. Sama-samalah kita muhasabah
diri, adakah kehidupan kita sesukar itu sehinggakan terpaksa makan dan
minum dari sumber yang kotor? Sudah tentu tidak, bukan? Kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita dilimpahi dengan rahmat dan ni'mat kehidupan yang jauh lebih sempurna
dari mereka yang berada di negara-negara yang susah. Jangan disebabkan
kesenangan yang kita peroleh sekarang ini menyebabkan kita lalai dengan kurniaan yang diberikan itu.
Bersyukurlah duhai saudara-saudaraku sekalian. Berimanlah
dengan firman Allah yang bermaksud " Sekiranya kamu bersyukur, akan Ku
tambahkan nikmat Ku untukmu. Dan sekiranya kamu kufur (tidak bersyukur)
sesungguhnya azabku amat pedih. "
Nota kaki : Gambar ini telah memenangi tempat pertama pertandingan Water Integrity Network 2 (WIN 2) sempena Hari Air Sedunia.
Sumber : transparency
Sumber : transparency
Tiada ulasan:
Catat Ulasan