Subhanallah, Sungguh seorang wanita adalah cantik.
Kecantikan
seorang isteri mengisikan kekosongan keteduhan dalam jiwa dan hati
suami. Dia adalah peneduh yang tiada dapat terbeli dengan hitungan
rupiah, kecuali hanya dengan kemuliaan sebuah mahar.
Kecantikan
seorang isteri bukan hanya terletak di atas sebuah kulit ari. Lebih
dalam lagi, makhluk yang berada di sekitarnya pun dapat merasakan
kelembutan anugerah Allah yang ada dalam calon bidadari syurga itu.Dia
terpancar dalam Keikhlasan pengabdian, keteduhan jiwa, kelembutan hati,
tunduknya mata, halusnya ucapan, serta keindahan perilaku.
Kecantikan
seorang isteri terletak dalam imannya. Dia sedar dan mengerti untuk apa
dia hidup, dan dia faham mengapa dan kepada siapa dia harus mengabdi.
Kecantikan
seorang isteri terletak pada lidahnya, iaitu ketika dia dapat meredam
galau, amarah dan kesedihan si suami dengan kata-kata indah yang
menyejukkan hati. Keperluan batin akan ketenangan sang suami dalam
hebatnya deraan cubaan hidup telah dipenuhi. Dan semua terasa istimewa
ketika hal itu justru didapatkannya dari separuh jiwanya yang sangat
mengerti, bahkan mungkin dari pada dirinya sendiri. Kecerdasan belahan
hatinya tersebut dalam menetapkan kata dan kepintarannya dalam membaca
situasi hati sang suami agar selalu tenang, menjadikannya "hadiah" yang
tak ternilai.
Kecantikan
seorang isteri adalah dari penerimaannnya. KeridhaanNya terhadap apa
yang digariskan Allah sang maha pengatur dalam menerima suami apa
adanya, serta bagaimana dia merawat dan telaten dalam menyiasat
kekurangan sang suami agar disimpan rapi hanya sebagai aibnya saja,
menjadikannya penasihat kepercayaan sang nahkoda rumah tangga.
Kecantikan
seorang isteri terletak pada tangannya. Dengan tuntutan hati yang hanya
kerana Allah, dia menjadikan tangannya bukan hanya sebagai pemegang
kuasa dan ratu dirumah, namun dia juga boleh merengkuh semua yang ada di
dalamnya, dalam kedamaian yang tak dapat terukur dan terbeli dengan
apapun.
Kecantikan
seorang isteri terletak di matanya. Kelembutan pandangan saat berada di
antara keluarga dan atau ketika dia berhadapan dengan sesama makhluk
menjadikan dia peneduh dan perwujudan kasih sayang Allah yang maha
rahman.
Kecantikan
seorang isteri terletak pada seberapa besar dia dapat menjaga rasa
malunya. Dia tahu caranya menutup aib yang memang sudah tertutup rapi
disimpan oleh Allah. Dia paham caranya agar tidak merosakkan
kecantikannya sendiri dengan kata-kata kasar dan rendahan. Dihindarinya
membuat mati rasanya sang suami dengan semua kerewelan dan tuntutan yang
tidak wajar. Disimpannya dengan rapi kurnia bakat genit, kemolekan
tubuh dan kemanjaan sikap dan dipersembahkan kepada yang paling berhak
iaitu suami.
Kecantikan
wanita terletak dalam kebijaksanaannya. Seorang isteri memang mempunyai
kudrat sangat brlebihan dalam mencintai dan membenci, yang lantas
kadang tidak mengenal pertengahannya, namun dia masih boleh bersikap
dengan santun dalam logik. Dunia semakin damai saat dia tidak mengumbar
air mata dengan dalih kudrat wanita. Tapi laporan kepenatan hanya
teruntuk kepada sang maha menyelesaikan.
Kecantikan
seorang isteri terletak dalam kesabarannya. Dia mendidik diri agar
tidak menjadi sebagai sebuah cubaan bagi keluarga, khususnya si suami.
Kesabarannya menuntunnya untuk tidak mengumbar amarah dan kerapuhan
perasaan disembarang telinga. Kesabarannya juga wujud dalam
kesehariannya, yang menjadikan hari-hari adalah berkat untuk sang suami.
Mengalahnya adalah untuk ketenangan, dan kemenangannya adalah untuk
kebahagiaan, bukan hanya untuk diri dan sesama, tetapi juga untuk semua
makhluk yang ada di sekitarnya. Menjadi pelayan bagi sang suami adalah
sebuah keredhaan, dan isteri yang "cantik" sangat menyedari bahawa
dirinya akan terlayani oleh kebaikan Dari Allah sebagai upahnya.
Kecantikan
seorang wanita terletak pada kejujurannya. Ketepatan kata-kata dengan
kenyataan tanpa harus menyuguhkan konflik baru menjadikannya cantik
dengan jujur, sangat alami dan apa adanya.
Subhanallah
betapa wanita itu indah. Dan kecantikan abadi sang isteri itu adalah
tentang jiwanya. Keikhlasannnya mengabdi kepada suami hanya kerana Allah
yang tercermin dalam fizikal, tutur kata, sikap, dan perilaku. Bahkan
Allah pun tersenyum melihat seorang hambanya yang sedemikian cantik
sehingga dia pantas dikategorikan sebagai bidadari syurga kelak.
Kecantikannya menuntun sang suami dengan sedar dan sepenuh hati berkata
"alhamdulillah, aku bersyukur mempunyai isteri secantik dirimu"
(Syahidah)
detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan