Kuala
Lumpur (Malaysia) –Technology Park Malaysia (TPM) menerusi
penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias
gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap
100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan
salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).
Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.

Kajian Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat
Penyelidikan yang dikendalikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik. Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan. Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan. Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung
Selain
mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari
sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak
terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak.
"Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah
dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat
mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak
ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu
mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan
mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan.
Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya.
Tips:
Omega-3 yang terdapat dalam ikan keli membantu:
Menyelesaikan masalah kemandulan.
Dapat menyuburkan rahim.
Ianya juga boleh merawat kanser awal.
p/s: pastikan ikan keli yang korang makan, bersih dan dari sumber yang halal ye...

Misteriousgrapersz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan