Jabir Ibn Haiyan - Bapa Ilmu Kimia
Jabir Ibn Haiyan
(750-803 Masihi), yang lebih akrab dipanggil "Si Geber dari Abad
Pertengahan" juga dikenali sebagai "Bapa Ilmu Kimia Dunia". Beliau yang
nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, telah berhasil menempatkan
dirinya sebagai ilmuwan terkemuka sejak dia mengamalkan bidang perubatan
dan alkimia di Kufah (sekarang Iraq) di sekitar tahun 776 Masihi yang
silam.
Pada peringkat awal
kerjaya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, beliau pernah berguru pada Barmaki
Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.
Sumbangan terbesar
beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup terkenal kerana
hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah
diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya
berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia.
Beliaulah yang
memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen didunia alkimia.
Maknanya, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmu kimia
moden.
Jabir banyak
mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen dan pengembangan kaedah
untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan. Beliau mencu-rahkan
daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan kajian
terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia. Jadi, beliau
mengembangkan ilmu kimia sebagai cabang ilmu alkimia.
Beliau menegaskan
bahawa kuantiti yang tepat daripada bahan kimia saling berhubungan
dengan wujudnya tindak balas kimia yang akan berlaku. Oleh sebab itu,
bolehlah dikatakan bahawa Jabir telah meletakkan dasar ke atas hukum
nisbah tetap.
Sumbangan yang
paling asas oleh Jabir dalam bidang ilmu kimia termasuk juga dalam
bidang penyempurnaan pendekatan saintifik, seperti pada proses
penghabluran, penyulingan, kalsinasi (penukaran logam kepada oksidanya
dengan cara pembakaran), pejalwap dan penyejatan serta pengembangan
terhadap beberapa peralatan untuk menjalankan eksperimen itu.
Pencapaian praktis
utama yang disumbangkan oleh beliau ialah penemuan bahan mineral dan
asid, yang telah pun dipersiapkan pertama kali dalam penelitian tentang
alembik (Anbique). Rekaannya terhadap alembik membuatkan proses
penyulingan menjadi lebih mudah dan sistematik.
Antara beberapa
kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah satunya ialah dalam
penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik. Penekanan
Jabir dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum tidak ada
duanya didunia.
Oleh sebab itulah,
mengapa Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia Moden" oleh
rakan sejawatnya diseluruh dunia. Bahkan dalam tulisan Max Mayerhaff,
disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimia
di Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya Jabir
Ibnu Haiyan.
Tegasnya, Jabir
merupakan seorang pelopor dalam beberapa bidang pengembangan ilmu kimia
gunaan. Sumbangan beliau termasuk juga dalam pembangunan keluli,
penyediaan bahan-bahan logam, bahan antikarat, tinta emas, penggunaan
bijih mangan dioksida untuk pembuatan kaca, bahan pengering pakaian, dan
penyamakan kulit.
Sumbangan beliau
juga pada menyediakan pelapisan bahan anti air pada pakaian, serta
campuran bahan cat, dan gris. Selain itu, beliau juga mengembangkan
teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia.
Idea eksperimen
Jabir itu sekarang telah menjadi dasar untuk mengklasifikasikan
unsur-unsur kimia, terutamanya pada bahan logam, bukan logam, dan
penguraian bahan kimia. Beliau telah merumuskan tiga bentuk berbeza
daripada bahan kimia berdasarkan unsur-unsurnya:
Cecair (spirit),
yakni yang mempengaruhi pengewapan pada proses pemanasan, seperti pada
bahan kapur barus (camphor), arsenik, dan ammonium klorida.
Logam, seperti emas, perak, timah, tembaga, besi.
Bahan campuran, yang boleh ditukar menjadi serbuk.
Pada abad
pertengahan, risalah-risalah Jabir dalam bidang ilmu kimia - termasuk
kitabnya yang masyhur, Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sab'een, telah
diterjemahkan ke bahasa Latin. Bahkan terjemahan Kitab Al-Kimya telah
diterbitkan oleh orang Inggeris yang bernama Robert Chester pada tahun
1444, dengan judul The Book of the Composition of Alchemy.
Buku kedua, Kitab
Al-Sab'een diterjemahkan juga oleh Gerard dari Cremona. Berthelot pula
menterjemahkan beberapa buku beliau, yang antaranya dikenali dalam
judul Book of Kingdom, Book of the Balances, dan Book of Eastern
Mercury.
Berikutnya pada
tahun 1678, seorang berbangsa Inggeris, iaitu Richard Russel
mengalihbahasakan karya Jabir yang lain dengan judul Sum of Perfection.
Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richardlah yang pertama kali
menyebut Jabir dengan sebutan Geber. Dialah yang memuji Jabir sebagai
seorang pendeta Arab dan juga ahli falsafah.
Buku ini
kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah selama beberapa abad
lamanya dan telah member! impak dan pengaruh yang cukup besar kepada
evolusi ilmu kimia moden. Istilah alkali, pertama kali ditemukan oleh
Jabir.
Sungguhpun begitu,
daripada semua karyanya, hanya sedikit sahaja yang telah diterjemahkan.
Sebahagian besar karyanya tetap kekal dalam bahasa Arab.
http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id12.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan