Ada sesetengah orang takut untuk hidup pada hari esok… dan ada juga yang tidak sabar untuk menanti hari esok.
Apa yang ditakut, bukankah seluruh kehidupan kita ini diaturkan oleh
Allah?=) Semakin hari, cuba kita tanya pada diri kita sendiri..adakah
aku semakin jauh dariNya? Sekiranya Allah dekat di hati kita, nescaya
kita tidak akan takut untuk melalui hidup ini. Allah kan ada? Kita
yakin.
Cantik. Islam aturkan kehidupan kita. Bermula dari iman yang utuh kepada Allah, ibadah yang menenangkan hati, akhlak yang mulia, amar makruf nahi mungkar dan dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil hal. Sekiranya kita faham, kenal dan hayati, maka kita akan sentiasa mahu mencintai dan menuruti perintahNya…
Sebenarnya kita mahu hati yang tenang. Namun, bagaimana mahu wujudkan
hati yang tenang ini? Mudah. Dengan mengingatiNya hati akan jadi
tenang. Tidak payah susah-susah buang duit pergi shopping, makan angin
di oversea, untuk peroleh ketenangan.
Duduk di kerusi juga boleh tenang, hati yang kusut juga boleh tenang.
Bagaimana? Dengan membasahi lidah dengan zikrullah, berselawat, solat,
membaca Quran, dan banyak lagi… Mudah saja bukan? Tidak perlu
menghabiskan tenaga, wang ringgit. Hanya isikan waktu dengan beribadah
kepadaNya..hanya Dia yang lebih berhak untuk diberi perhatian.
Manakan tidak, 24 jam sehari juga adalah anugerah dariNya, kenapa diperuntukkan bukan untukNya?
Bukan bermaksud mahu beribadah sahaja 24 jam. Bukankah hidup seorang
muslim juga adalah ibadah? Makan kerana Allah, tidur kerana Allah,
bekerja kerana Allah, bersukan kerana Allah dan segala-galanya untuk
Allah. Kan dah dapat pahala ibadah.
Islam adalah agama yang mudah, selamat dan ada ketenangan di
dalamnya. Jadi, apa kata kalau kita mendalami Islam dengan lebih
mendalam supaya banyak yang kita boleh beramal… Kalau tak kenal,
bagaimana nak tahu? Bukankah begitu?=) Hati pun jadi tenang….=)
Dalam Islam ada konsep tarbiah?
Apa itu tarbiah?
Sekiranya kita mendapat tarbiah, maka kita boleh meningkatkan diri
kita dari baik kepada lebih baik. Dari lebih baik kepada yang terbaik….
maknanya, umat Islam haruslah mendapat tarbiah agar kita menjadi muslim
yang berjaya di masa hadapan.
Bukan tarbiah roh saja, malah tarbiah akal, tarbiah tubuh badan pun
ada dalam Islam ni. Bukan saja kita memiliki akhlak yang cantik, malah
akal yang bijak dan badan yang cergas dan kuat. Bukan saja tarbiah
rohani tapi juga jasmani.
Melalui tarbiah juga kita peroleh ketenangan..kenapa? Kerana kita
menaik tarafkan akal,minda dan jasad kita kearah yang lebih baik dan
sedang menuju kesempurnaan.
Itulah tarbiah. Tanpa tarbiah, hidup manusia menjadi mundur, kucar kacir dan boleh menjadi rosak.
Indahkan Islam? Hebatkan Islam? Jadi, marilah kita sama-sama
mencari-cari apa itu Islam agar kita dapat mengenali Allah dengan lebih
dekat. Sejurusnya meningkatkan ketenangan dan akhirnya apa saja kerja yang lakukan akan menjadi mudah…
serikandislam.blog.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan