Selasa, 5 Ogos 2014

Beg Clutch Paling Mahal, Harga Cecah Setengah Juta!


Seorang pereka British, Christopher Shellis telah mereka satu beg clutch yang harganya mencecah setengah juta iaitu RM576,137 ($180,000)!

Clutch yang merupakan beg aksesori, sering digayakan pada majlis makan malam ataupun majlis anugerah yang dihadiri selebriti-selebriti sama ada dari dalam mahupun luar negara.
 


Clutch berukuran 7 kali 5 inci itu mempunyai berat mencecah setengah kilogram disebabkan penggunaan material mewah   345 berlian yang dijahit pada beg yang menggunakan emas 18 karat.

Shellis dan pasukannya mengambil masa selama 100 jam untuk menghasilkan clutch ‘masterpiece’ itu yang mengambil inspirasi daripada pagar Istana Buckingham, United Kingdom. – MYNEWSHUB.MY
clutch1  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...