Selasa, 5 Ogos 2014

Rekaan Baby Walker Zaman Dahulu Yang Menakutka

Baby Walker ialah alat yang digunakan bagi melatih baby untuk berjalan. Tiada siapa tahu siapakah yang mereka alat ini dan rekod paling awal kewujudannya ialah pada tahun 1440 apabila ianya muncul di dalam lukisan Hours of Catherine of Cleves. Sejak dari itu pelbagai rekaan wujud. Ada yang diperbuat daripada bahan seperti bakul dan ada juga diperbuat daripada kayu. Kesemuanya nampak tidak selesa digunakan. Tahukah anda di Kanada Baby Walker diharamkan penjualannya sejak 2004? Ini adalah kerana terdapat banyak kes bayi cedera ketika menggunakannya. Jadi baby walker diharamkan di Kanada. Jika anda memilikinya anda akan didenda Dollar Kanada 100 000. 








Sumber Retronaut menerusi blog serius  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...