Tentera Laut AS
kini memiliki aset terbaru dalam armada mereka iaitu kapal pemusnah USS
Zumwalt yang siap pada Sabtu lalu. Kapal bernilai US$7 bilion ini akan
menjadi tuan rumah kepada keupayaannya yang luar biasa dan tidak dilihat
oleh mana-mana kapal lain dalam armada sebelum ini.
Dibina oleh General
Dynamics, kapal kelas Zumwalt DDG 1000 ini bakal menjadi generasi skuad
pemusnah terbesar dalam Tentera Laut AS, bagi menggantikan kapal-kapal
lama kelas Spruance yang telah dihentikan perkhidmatannya. Kapal
pemusnah ini dilengkapi dengan teknologi untuk mengesan dan memusnah
kapal selam, memusnahkan medan periuk api dan memusnahkan pertahanan
pantai dengan peluru berpandu altitud rendah yang tidak dapat dikesan
radar, meriam, dan senjata elektromagnetik (rail gun) yang kini dalam
peringkat ujian.
"Perkhidmatan USS
Zumwalt pada masa hadapan akan mewakili bermulanya zaman perkhdimatan
untuk nama besar ini," kata Setiausaha Tentera Laut, Ray Mabus dalam
satu kenyataan. Nama kapal ini diambil bersempena nama Laksamana Elmo R. "Bud" Zumwalt, Ketua Operasi Ke-19 Tentera Laut. DDG 1000 dijangka akan mampu membentuk peperangan laut ke darat pada masa hadapan.
Kapal pemusnah ini
turut "membawa teknologi yang akan memberi manfaat pada Tentera Laut
untuk tahun-tahun yang akan datang, terutama sekali sistem Total Ship Computing Environment
- satu rangkaian tunggal dan selamat di mana ia mampu mengawal
segala-galanya dari sistem radar kepada persenjataan," kata seorang
jurucakap bagi Raytheon dalam e-mailnya.
Walaupun kapal ini
mempunyai sistem misi yang sama seperti kebanyakkan kapal lain, apa yang
menjadikannya unik ialah ia mempunyai sejenis alat kawalan dan
komunikasi tersusun dan selamat yang membolehkan kapten kapal untuk
mengawal semua sistem daripada mana-mana sahaja di dalam kapal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan