Rabu, 9 April 2014

Maksud Patung Pahlawan Dan Kuda Yang Ditunggang

Pernahkan para pembaca melihat patung-patung pahlawan yang dibina sebagai tugu peringatan?.. Sebenarnya, ada maksud yang tersirat di sebalik patung  pahlawan dan kuda tersebut.

patung_kuda2
Tugu pahlawan dan kuda yang kakinya diangkat sebelah




Sekiranya patung kuda itu kelihatan hanya satu kaki hadapan yang diangkat, ini  membawa maksud penunggangnya iaitu panglima perang tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika berperang.  Akan tetapi,  panglima tersebut bukannya meninggal di medan perang.

patung_kuda1
Ini pula patung pahlawan dengan keempat-empat kaki kuda tetap di tanah

Jika patung kuda itu kelihatan dengan keempat-empat kakinya berpijak di atas tanah, ini  pula membawa maksud penunggangnya iaitu panglima perang tersebut meninggal dunia dengan cara semulajadi.  Dengan erti kata lain, panglima tersebut meninggal dunia bukannya kerana berperang.  Mungkin kerana penyakit kronik yang dihidapi oleh panglima tersebut hingga membawa kepada kematiannya.
 
patung_kuda3
Patung panglima dan kuda yang dua kakinya  terangkat
 
Seterusnya,  jikalau patung kuda kelihatan kedua kaki hadapan diangkat ke atas, ianya membawa maksud bahawa panglima perang tersebut meninggal dunia di medan perang.
 
Begitulah maksud yang terdapat di sebalik pembinaan tugu panglima dan kuda yang ditunggang.  Pembinaan tugu ini bukan sekadar untuk peringatan sahaja malah membawa maksud yang tertentu juga di sebaliknya…
 http://bicarasantai.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...