Insan Terpilih tersebut bernama Dawawi
dari Perak yang ceritanya berlaku sekitar tahun 80-an dahulu.
Diringkaskan cerita, Dawawi telah ditakdirkan Allah dengan pengesahan
Hospital bahawa beliau telah meninggal dunia dengan asbab merempit.
Setelah dikebumikan selama 3 hari di dalam Kubur, setiap malam dalam 3
hari itu….Ibunya telah bermimpi anaknya Dawawi masih hidup dan merayu
kepada Ibunya untuk digali semula kuburnya….Mungkin malam yang pertama
bermimpi, Ibunya menganggap bahawa ia sekadar mainan tidur….
Setelah Tiga hari berturut-turut bermimpi yang sama, Ibunya menangis dan
berkeras meminta Abg Arwah supaya mendapatkan Surat Perintah daripada
Pihak Berkuasa untuk digali semula Kubur anaknya itu….Setelah segala
urusan surat menyurat selesai dan setelah mendapat kelulusan daripada
Pihak Berkuasa, maka tibalah hari yang penuh mendebarkan kepada seluruh
orang kampung bagi menyaksikan urusan penggalian semula kubur “Arwah
Dawawi”….
Semua yang berkenaan telah bersiap sedia di tepian kubur yang hendak
digali, kiri kanan penuh dengan Polis, Doktor dan sebagainya….
Setelah penggalian bermula, tanah mula disodok sedikit demi
sedikit….Dengan penuh
mencemaskan….Masya-Allah….Astaghfirullah!…Sesungguhnya apa yang dijanji
oleh Allah adalah benar….!
Mayat baru sahaja 3 hari, tetapi kain kapan yang membalut jenazah telah
koyak rabak seperti dicarik-carik serta tubuh Dawawi dipenuhi kesan luka
torehan…Luka bergarisan memanjang. bagai kesan dilibas sesuatu yang
amat tajam dan lukanya dalam hingga nampak daging, namun tidak
berdarah….
Dalam keadaan yang amat cemas tu….ada suara yang mengatakan Dawawi masih
hidup lagi!….Itulah suara Doktor yang telah bersiap sedia di tepian
kubur bagi menanti sebarang kemungkinan…..
Tanpa berlengah, Dawawi di bawa ke Hospital, 6 bulan Dawawi koma…Sebaik
sedar, air matanya terus berjuraian….Matanya sentiasa berkaca……Rakan
baik nya yang bernama Mus yang masih terkejut Dawawi yang “Hidup Semula”
bertambah bimbang dengan kelakuan Dawawi yang banyak berdiam diri
selepas kejadian tersebut…..Bagi Mus, Dawawi bertambah pelik kerana dia
banyak termenung dan menangis serta selalu mendekatkan diri untuk
belajar agama…(Sebelum ni merempit sahaja)..Dawawi yang dulunya jahat
sudah bertukar menjadi baik….
Setelah setahun berlalu, Dawawi bersedia untuk bercerita tentang segala
apa yang telah berlaku ke atas dirinya….Mus adalah antara salah seorang
yang mendengar cerita Dawawi…
“Jika korang rasa apa yang aku telah rasa sewaktu ‘di sana’ dulu,
sungguh korang takkan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dalam
hidup!”….Dawawi memulakan ceritanya….
Sewaktu Imam habis membaca Talkin di kuburnya dan semua telah beredar
meninggalkan kubur….Dawawi mengatakan bunyi tapak kaki kamu semua yang
meniggalkan kuburnya berdentum dan bergema sangat kuat sebanyak 7 kali
bagaikan halilintar yang membelah bumi….Waktu tu Dawawi menutup
kedua-dua belah telinganya….
Setelah bunyi tersebut menyepi…Bunyi
Sretttttttttt!……..Sretttttttttt!…Seakan rantai besi yang diseret di atas
lantai bergema…Dirinya betul-betul ketakutan waktu tu….Tiba-tiba dari
hadapannya, 2 orang lelaki yang memakai serban dan berjubah putih,
dengan membawa rantai besi sebesar lengan, besi itu sangat panjang
sehinggakan penghujungnya tidak kelihatan…! Subhanallah….(Sayu hati saya
membaca kisahnya)….
Dengan semua soalan yang telah “Bocor” sewaktu hidup di dunia ditanya
kepada Dawawi, “MA RABBUKA!”, “MA NABIYYUKA!”, “MA DINNIKA”, “MA
KIBLATUKA!”, “MA IMMAMUKA!”, “MA IKHWANUKA!”….Dawawi mengatakan tiada 1
pun soalan yang boleh dijawab olehnya….Beliau faham dengan soalan
tersebut walaupun beliau tidak pernah tahu bahasa arab!…..
Dawawi dilibas dengan rantai besi tersebut sehinggalah apabila libasan
berlaku, rantai besi tersebut terus melilit seluruh
anggotanya…Subhanallah..!
Beliau menjerit dan berkata : “Tolong aku Ya Allah, Aku bertaubat!
Ampunkanlah dosa aku!…. Hanya itu sahaja ratapannya waktu tu….Sehabis
sahaja soalan tu, beliau tersedar bahawa beliau telah hanyut di dalam
sungai…Dalam keadaan tidak bermaya, sekali lagi beliau mendengar bunyi
seretan rantai besi sebesar lengan yang telah melibasnya sebentar tadi….
Hamba Allah yang berjubah tadi….Bertanya lagi : “MA RABBUKA!”….Masih
tidak boleh dijawap oleh Dawawi, maka dilibasnya lagi besi tersebut ke
tubuh Dawawi…Setelah libasan tersebut, pandangannya gelap gelita,
apabila sedar Dawawi mengatakan bahawa beliau telah terlantar di wad
Hospital…..Subhanallah…!
Mus dan rakannya yang mendengar segala kisah Dawawi turut sama menangis bersama Dawawi….
Allah memberi peluang untuk Dawawi “Hidup Semula” sebagai peringatan dan
tanda kesayangan Allah kepada Dawawi dan keseluruh Hamba-hambaNya
termasuk lah kita….
Dawawi hanya “Hidup Semula” selama 3 Tahun, dalam waktu tu beliau tidak
pernah mensia-siakan atau membiarkan harinya terbuang tanpa diisi dengan
amal ibadah…..Katanya : “Aku takut jika aku mati lagi, amal ibadahku
tidak cukup untuk membantu aku di sana….” Subhanallah!
Dawawi “Kembali Semula” pada Allah dalam tidur selepas menunaikan solat
malam ketika menunggu tiba waktu Subuh…Umurnya ketika “Meninggal Dunia”
kali pertama adalah 19 Tahun, dan kali keduanya “Meninggal Dunia” 3
Tahun selepas itu….
Cerita ini teramat memberi kesan kepada saya dek kerana mengenangkan
umur yang Allah Taala beri ketika ini tidak banyak saya rasa digunakan
untuk menuju ke jalan Allah….Lepas solat akan terngiang-ngiangla cerita
seksaan Dawawi ini di pandangan hati saya…..
Marilah bermuhasabah diri dan semak semula amalan kita untuk dibawa
menghadap pada Allah ketika nyawa dicabut nanti….Allah tak pilih kita
untuk merasai pengalaman yang dirasai Arwah Dawawi, tapi Allah pilih
kita untuk tahu dan mengambil iktibar tentang Kisah Arwah Dawawi….
Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua serta dapat
bertemu dengan Allah di Akhirat nanti dengan amal yang berkualiti….In
Shaa Allah…
pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan