Ini bukan SABER Rider and the Star Sheriff
tetapi Tim Sapu Bersih. Mereka ditugaskan membersihkan jalanraya
Jakarta dari paku-paku yang ditaburkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab yang mahu membocorkan tayar kereta dan motosikal. Tim
Saber terdiri dari relawan yang menyapu permukaan jalan menggunkan
mangnet yang ditarik oleh mereka secara berjalan kaki. Dalam setiap
shift mereka mampu mengumpulkan secara purata 5 kilogram paku dari
permukaan jalan raya. Ini adalah sangat mengejutkan dan menunjukkan
betapa terdesaknya sesetengah individu pemilik bengkel menampal tayar
Jakarta untuk mendapatkan bisnes.
Kesemua paku-paku yang dikutip pada akhir hari akan dijual sebagai besi
buruk. Orang baling paku nak hasilkan bisnes haram menampal tayar, Tim
Saber sapu bersih dan jana pendapatan menggunakan paku yang dicampak.
Karma! Respect to Team Saber! Di Malaysia ada tak Tim Saber? Kami dengar
di lorong motosikal ada juga nakharomz yang menabur paku macam di
Indonesia!
Laproan asal Yahoo / pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan