Semakin membesar anak anda semakin bijak dia mencerap segala yang
dipelajari di persekitarannya. Biasanya kanak-kanak berusia dua tahun ke
atas ingin melakukan semua perkara sendiri. Sebenarnya ia satu
perkembangan yang sihat kerana mereka menunjukkan keinginan untuk
belajar.
Biarpun hakikatnya ibu dan ayah boleh hilang sabar apabila si kecil
hendak memanjat kerusi kerana mahu mencuci sendiri tangan di sinki
tetapi berilah dia peluang sambil anda memantau keselamatannya.
Hakikatnya dari masa ke semasa, anak anda semakin ingin menguasai
hidupnya sendiri dan menegaskan keinginannya terhadap sesuatu perkara.
Anda boleh membantu menggalakkan perkembangan dirinya untuk melakukan
sendiri semua perkara dengan beberapa panduan berikut.
Menggalakkan sikap berdikari
Untuk memupuk sikap ini anda perlulah memudahkan semua perkara yang
melibatkan si manja. Dari usianya dua tahun, susun barang kepunyaan anak
supaya dia boleh melakukan sebanyak mungkin aktivitinya sendiri.
* Beli pakaian yang mudah diuruskan supaya dia boleh memakai dan menanggalkan sendiri pakaiannya sebaik mungkin.
* Letakkan sebuah bangku kecil di sebelah sinki supaya dia boleh mencuci sendiri tangannya tanpa bantuan ibu dan ayah.
* Sediakan penyangkut baju kecil dan diletakkan di paras yang rendah
agar memudahkan anak belajar menggantungkan sendiri pakaiannya.
Menggalakan anak membantu
* Pada usia ini, tugas membantu adalah dalam bentuk permainan dan bukan
satu tugas rutin. Secara tidak langsung ia membuatkan anak berasa
seronok dan ringan tulang untuk membantu.
* Ajak anak melakukan tugas mudah seperti mengeluarkan barang
membeli-belah, menyediakan meja makan atau membuat biskut untuk minum
petang, membuatkan anak anda merasakan dia telah mencapai sesuatu serta
menunjukkan kepadanya bahawa membantu ibu dan ayah adalah sebahagian
daripada kehidupan berkeluarga.
Beri peluang anak buat keputusan
*Ia kelihatan tidak masuk akal. Mana mungkin si kecil yang baharu
berusia dua tahun boleh berfikir untuk membuat keputusan. Tetapi
percayalah apabila anda sudah membiasakan dia membuat keputusan atas
perkara yang mudah, si anak akan membesar sebagai seorang yang
berkeyakinan dan bertanggungjawab.
* Beri peluang anak memilih pakaian yang hendak dipakai selepas mandi
atau apabila hendak keluar berjalan. Ia memberikan anak perasaan bahawa
dia mempunyai sedikit kawalan ke atas kehidupannya sendiri.
pama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan