Kisah nyata dari Arab Saudi.
Dr Jasim Al Haditsy, seorang penasihat kesihatan jantung di Hospital di Riyadh menceritakan..
“Salah seorang rakanku bercerita kepadaku, suatu malam semasa dia bertugas ada seorang pesakit yang meninggal dunia
Untuk memastikan
kematian pesakit tersebut, dia meletakkan stetoskop di dada pesakit
tersebut kemudian mendengar suara azan,’Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Asyhadu alla ilaha illallah’
Dia berkata,”saya rasa sudah azan subuh…..pukul berapa sekarang???”
Jururawatnya berkata : “pukul satu pagi”
Saya tahu bahawa masa itu belum masanya solat Subuh
Kemudian saya meletakan kembali stetoskop diatas dada pesakit tersebut dan kembali mendengar azan tersebut hingga selesai
Lalu keesokan harinya
saya bertanya kepada keluarganya tentang kehidupan arwah. Keluarga
pesakit tersebut mengatakan dia (pesakit yg meninggal) bekerja sebagai
muazzin di sebuah masjid.
Dia biasanya datang 15
minit sebelum waktu solat datang ia selalu mengkhatamkan Al Qur’an dalam
tiga hari dan sangat menjaga lisannya dari kesalahan”.
Subhnallah……..
Dari Muawiah bin Abi Sufyan RA dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
لْمُؤَذِّنُونَ أَطْوَلُ النَّاسِ أَعْنَاقًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Orang-orang yang azan (muazzin) adalah orang yang paling panjang lehernya pada hari kiamat.” (HR. Muslim no. 387)
Yakni tatkala manusia
sudah berdesak-desakan dan ketika peluh-peluh manusia sudah membanjiri
mereka, bahkan ada yang peluhnya setinggi mulutnya. Maka muazzin selamat
dari semua itu kerana leher mereka yang panjang. (Syarh Muslim: 4/333
karya An-Nawawi)
Abu Said Al-Khudri RA pernah berkata kepada Abdullah bin Abdirrahman bin Abi Sha’sha’ah Al-Anshari:
ى صَوْتِ الْمُؤَذِّنِ
جِنٌّ وَلَا إِنْسٌ وَلَا شَيْءٌ إِلَّا شَهِدَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
قَالَ أَبُو سَعِيدٍ: سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Saya perhatikan kamu
sangat menyukai kambing dan kampung. Kerananya jika kamu sedang bersama
kambingmu atau sedang berada di kampungmu lalu kamu mengumandangkan azan
untuk melaksanakan solat, maka tinggikanlah suaramu ketika azan. kerana
sesungguhnya tidaklah suara muazzin itu didengarkan oleh jin, manusia,
dan yang lainnya melainkan semuanya akan menjadi saksi baginya pada hari
kiamat. Kemudian Abu Said berkata, “Saya mendengarkan (hadis) ini dari
Rasulullah SAW.” (HR. Al-Bukhari no. 87)
Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
لَوْ يَعْلَمُ
النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا
إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا
فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْ
“Kalau seandainya
manusia mengetahui besarnya pahala yang ada pada panggilan (azan) dan
saf pertama kemudian mereka tidak boleh mendapatkannya kecuali dengan
undian maka pasti mereka akan mengundinya. Dan kalaulah mereka
mengetahui besarnya pahala yang akan didapatkan kerana bersegera menuju
solat maka mereka pasti akan berlumba-lumba (untuk menghadirinya). Dan
kalaulah seandainya mereka mengetahui besarnya pahala yang akan
didapatkan dengan mengerjakan solat Isyak dan subuh, maka pasti mereka
akan mendatanginya meskipun harus dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari no.
69 dan Muslim no. 437)
*Sumber dari suatuperjalananmaya.com /detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan