Hansa Constitution,
sebuah kapal kargo kontena seberat 34,954 tan yang berdaftar di Jerman
telah terkandas di sebuah daratan pada hari Sabtu yang lalu. Kejadian
itu berlaku di luar kawasan kediaman Pok Fu Lam yang terletak di sebelah
barat Hong Kong akibat laut bergelora yang disebabkan oleh angin
monsun. Kapal tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan ke Shenzhen
(Chiwan).
Julia Able, wakil
bagi pemilik kapal tersebut, Hansa Treuhand Gruppe (yang berpangkalan di
Hamburg), berkata kapal tersebut mungkin kehilangan kuasa sewaktu
menempuh angin monsun yang menyebabkannya terkandas di daratan. Kejadian
itu tidak menyebabkan sebarang kerosakkan pada alam sekitar dan tidak
ada laporan mengatakan kapal tersebut dimasuki air. Dua kapal pemadam
api dan dua kapal sokongan menyelam telah dihantar ke tempat kejadian.
Hansa Constitution kemudiannya telah ditarik jauh dari daratan.
Kerosakkan pada kapal itu masih lagi belum disahkan.
Pelabuhan Hong Kong
merupakan pelabuhan kontena ke-empat paling sibuk untuk tahun 2013.
Menurut Majlis Pembangunan Pelabuhan Hong Kong, ia telah mengendalikan
sebanyak 22.3 juta TEU. Pihak kaji cuaca turut melaporkan akan angin
monsun yang kuat. Penglihatan yang terhad kurang dari 2 batu nautika
turut dilaporkan oleh Jabatan Laut pada hari Sabtu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan