Di dalam dunia yang penuh misteri ini,
haiwan jenis ikan juga turut mewarnai keanehan dunia. Kepelikan rupa
ikan-ikan ini menarik perhatian para pengkaji untuk membuat kajian
terhadap ikan-ikan yang ditemui. Jarang-jarang sekali kita dapat
melihat ikan seperti ini yang sememangnya pelik.
Ikan aneh ini tentunya menarik perhatian sesiapa sahaja
Ikan Kelelawar Berbibir Merah (Red Lipped Batfish)
Ikan ini kelihatan seperti memakai gincu bibir. Ikan ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan sejenis ikan yang tidak mampu berenang dengan baik, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Apabila ikan ini semakain membesar menjadi dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnya sehingga ia kelihatan agak pelik.
Ikan Kelelawar Berbibir Merah (Red Lipped Batfish)
Ikan ini kelihatan seperti memakai gincu bibir. Ikan ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan sejenis ikan yang tidak mampu berenang dengan baik, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Apabila ikan ini semakain membesar menjadi dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnya sehingga ia kelihatan agak pelik.
Ikan ini digelar ikan bermata empat
Four Eyes Fish (Ikan Bermata Empat)Ikan ini dikategorikan sebagai genus anablepidae. Ikan
aneh ini hidup di muara sungai bahagian selatan Mexico hingga bahagian
selatan Amerika Selatan. Ikan jenis ini hanya hidup di air tawar dan air
payau. Kelebihan ikan ini kerana memiliki mata yang terletak di
bahagian atas kepala dan terbahagi kepada dua bahagian yang berbeza,
sehingga mereka dapat melihat bahagian permukaan air dan bawah air dalam
waktu yang sama.
Ikan ini sebenarnya hanya memilki 2 biji mata, namun kedua matanya
yang terletak di bahaian aras kepala terbahagi menjadi 2 bahagian, iaitu
bahagian atas dan bawah yang dipisahkan oleh lapisan jaringan yang
tipis. Setiap bahagian matanya pula memiliki anak matanya sendiri.
Bahagian mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah
untuk melihat ke dalam air. Ketebalan lensa mata bahagian atas dan
bawah juga berbeza, semakin ke bawah semakin tipis. Hebat bukan…?
Rongga kepala ikan ini jelas kelihatan
Barreleye Fish – Genus Macropinna Microstoma (Ikan Kepala Transparan)
Ikan jenis ini mempunyai kepala transparen yang cembung dan berisi
cairan di kepalanya. Bahagian pangkal mata dan organ dalam kepalanya
dapat dilihat jelas dari luar. Terdapat dua ketulan kecil berwarna
kuning kehijauan pada bahagian belakang pangkal mata. Kedua benda itu
berfungsi sebagai mata ikan ini.
Di belakang dua “benda kuning” itu kelihatan serat-serat berwarna
krim seperti jaringan daging yang sudah pucat. Dengan ukuran siripnya
yang besar, membuatkan ikan ini tetap seimbang ketika berenang.
Haiwan pemangsa mahupun mangsanya sendiri yang bersembunyi di atas
tidak dapat melihatnya. Sungguh menakjubkan apabila ikan ini mampu
melihat ke atas kerana matanya dapat diputar lurus ke hadapan mahu pun
ke atas. Para pengkaji percaya bahawa matanya yang berwarna hijau
kekuningan itu telah berkembang membentuk saringan cahaya yang berfungsi
untuk mengabaikan sinar matahari dan dapat melihat cahaya yang pudar
dari ikan kecil dan ubur-ubur yang merupakan makanan utamanya.
Namun, apa pula fungsi kedua
matanya yang terletak pada bahagian
hadapan itu? Menurut para pengkaji, kedua mata ikan itu adalah nales,
indra penciuman seperti lubang hidung manusia. Barrelfish
memiliki kristal cair pada matanya yang terletak pada suatu tempat pada
sebuah selaput kecil. Apabila kristal cair itu rosak, matanya akan
mendapat tekanan sangat kuat dan kondisi itu akan membunuhnya.
Unik…ikan ini mampu terbang di permukaan laut
Flying Fish (Ikan Terbang)
Exocoetidae atau ikan terbang adalah keluarga ikan laut. Ikan
terbang ini boleh ditemui pada mana-mana lautan utama, terutama di
perairan tropis dan subtropis di lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi.
Ciri utamanya yang paling terkenal adalah sirip dadanya yang besar,
memungkinkan ikan ini meluncur terbang secara singkat di udara, di atas
permukaan air dan melarikan diri dari pemangsa. Peluncuran ikan
terbang ini biasanya sejauh sekitar 50 meter, tetapi mereka dapat
menggunakan sokongan daripada tepi gelombang hingga dapat mencapai jarak
sekurang-kurangnya 400 m.
Gigi ikan ini mirip gigi manusia
Ikan Bergigi dan Lidah Manusia
Ikan ini ditemui apabila seorang pemancing di Amerika Syarikat
terkejut kerana ikan yang berjaya ditangkapnya itu mengigitnya dengan
kuat. Setelah diperiksa, gigi ikan ini mirip gigi manusia.
Warnanya ikan ini agak gelap dan memiliki berat sekitar 5 kilogram
dengan panjang hampir setengah meter. Menariknya, ikan jenis ini
memiliki gigi seperti gigi seri, geraham dan taring seperti yang
dimiliki manusia. Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan
dalam sebuah kolam yang eksotis.
Ikan ini seolah-olah mempunyai tangan dan bibir yang jelas kelihatan
Handfish (Ikan Bertangan)
Kemunculan ikan ganjil ini dalah sekitar tahun 1990-an dan ikan ini
merupakan salah satu jenis terbaru dari ikan bertangan lainnya. Ikan
ini kelihatan ganjil kerana tidak berenang dan itu menjelaskan sebab
lokasi ikan ini wujud di dasar lautan. Yang anehnya ikan ini menggunakan
“tangannya” yang seharusnya menjadi sirip untuk berjalan. Lokasi
ditemukan ikan tersebut ada di daerah Tasmania,Pulau Australia. Kulitnya
dilapisi denticle (semacam sisik yang kasar/bergigi-gigi) sehinga ia
dijuluki warty anglers (wart = kutil). Ukurannya sekitar 15cm.
http://bicarasantai.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan