Banyak bukti-bukti sejarah dan pakar-pakar arkeologi dan saintis telah
mengesahkan kewujudan manusia pra-sejarah dan kedatang Alien di bumi
ini
Tetapi sejak berabad-abad lamanya kita dihidangkan dengan cerita-cerita
ini, tiada bukti yang sahih mengenai fakta-fakta di atas. Walaupun
sesetengan versi ini telah diteks kedalam buku sekolah seolah-olah
saintis mengiakan fakta yang tidak pernah wujud. Berikut 10 fakta
tentang pembohongan penemuan tengkorak Pra-Sejarah dan Makluk Asing di
bawah ini.
1- Tengkorak Kristal
Menurut cerita legenda, tengkorak kristal ini telah beredar di kalangan
pengumpul muzium sejak lewat abad ke-19 lagi. Kononnya ia telah dicipta
lebih 3000 tahun lalu oleh puak Maya atau Aztec dengan bantuan makluk
asing kononnya. Jika menyentuh salah satu tengkorak ini, ia akan
menyembuhkan penyakit anda dan memberikan kuasa. Terdapat 13 siri/jumlah
tengkorak ini, jika anda memiliki semua 13 tengkorak ini, anda akan
mempunyai kuasa yang kuat dan hebat. Malangnya, semua tengkorak itu
telah diperiksa dan disahkan, sebenarnya telah dibuat di Eropah lebih
kurang dua abad lepas bukannya dari legenda Maya atau Aztec. Ianya
seperti pembohongan dalam filem Steven Spielberg - Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull.
Tengkorak kristal itu ditemui bukannya pada bukti dan ditapak arkeologi yang sebenar. Walaupun direka cantik, tengkorak ini dan legenda yang dikaitkan dengan puak Maya adalah tidak lebih daripada cerita legenda penipuan. Ia masih menjadi misteri mengapa dan tujuan apa tengkorak kristal ini dicipta.
2- Tengkorak Bertanduk
Terdapat banyak cerita tentang tengkorak bertanduk yang ditemui ini,
namun sangat sedikit fakta dikemukakan sebagai kesahihan dan membuat
ujian pemeriksaan fizikal ke atas tengkorak ini. Cerita-cerita tengkorak
bertanduk mungkin bermula apabila sebilangan besarnya dilaporkan
ditemui di Pennsylvania dan juga di Mexico. Kontraversi yang
mencurigakan apabila ianya telah hilang sebelum dikaji oleh pakar-pakar.
Ada cerita yang mengatakan bahawa tengkorak ini mempunyai dua baris
gigi tajam seperti Drakula. Walaupun beberapa fakta menegaskan bahawa
pakar-pakar telah mengesahkan tengkorak bertanduk ini adalah tulen.
Tetapi pakar-pakar tersebut tidak pernah dinamakan atau tampil kehadapan
untuk memperkenalkan diri mereka. Juga tidak ada fakta dan hujah dari
pakar-pakar tersebut untuk membuat pengesahan tentang tengkorak misteri
itu.
3- Tengkorak Memanjang/ Tengkorak Alien
Sebilangan besar tengkorak yang panjang atau cacat telah ditemui di
seluruh dunia sebagai tengkorak makhluk asing atau alien yang sahih.
Tengkorak bayi yang agak lembut dan senang dibentuk oleh kaum asli
primitif secara tradisinya akan mengikat ketat kepala bayi mereka selama
beberapa bulan. Sama juga dengan orang-orang asli di Pulau Marken di
Belanda. Tengkorak cacat diamalkan ribuan tahun dahulu dan telah
mendahului sejarah bertulis. Setiap tengkorak diperiksa dengan ujian DNA
telah terbukti bukan tengkorak alien atau manusia pra-sejarah.
Baru-baru ini, pelbagai negara diselidiki seperti Jerman, Amerika latin.
Mexico dan orang-orang asli Australia telah mengamalkan mengikat
kepala/ tengkorak dan masih diamalkan dalam sebilangan kecil pada hari
ini. Ia dipercayai dilakukan atas sebab-sebab estetik atau untuk
menunjukkan status sosial puak tersebut. Dan jika dilakukan dengan
betul,ia tidak menyebabkan kerosakan otak.
4- Penemuan Tengkorak Gergasi
Kononnya, pihak tentera dikatakan telah menemui satu kawasan tapak purba
dan sesiapa dilarang masuk kecuali kakitangan kerajaan sahaja.
Gambar-gambar ini menunjukkan pekerja sedang mengorek dan mendedahkan
saiz tengkorak dan rangka yang luar biasa, dengan secara beransur-ansur
mendedahkan seluruh rangka gergasi itu. Gambar rangka ini menjadi
terkenal dan beredar melalui laman web-web dengan berbagai versi cerita
karut. Ada yang mengatakan penemuan gergasi,rangka Nabi Adam a.s dan
macam-macam lagi. Tetapi, sebenarnya gambar-gambar ini telah
dimanipulasi [edit] dengan menggabungkan pelbagai gambar di dalamnya
untuk menjadi lebih real.
5-Trepanning [Rawatang Menebuk Tengkorak Kepala]
Teknik rawatan trepanning dikenali sebagai pembedahan di mana lubang
tengkorak digerudi, tebuk atau dikikis ke dalam tengkorak manusia adalah
amalan yang dilakukan sejak 8,000 tahun yang lalu. Ia melibatkan
penggerudian lubang dalam tengkorak sebagai rawatan untuk pelbagai
penyakit sebagaimana tengkorak berlubang ini telah ditemui. Ia bukan
milik makluk asing atau apa-apa cerita rekaan lain. Kaedah rawatan
trepanning tidak selalu mengakibatkan kematian, jika ianya mengikut
prosedur rawatan yang betul. Walaupun begitu, akan terdapat banyak
kematian akibat jangkitan. Hari ini trepanning masih digunakan sebagai
rawatan mengenai pelbagai penyakit yang berkaitan di dalam kepada.
6 - Batavus Genuinus
Pada tahun 1828, tengkorak aneh dari Pulau Marken di Belanda ditemui.
Walaupun ia bertarikh sebagai agak moden, ia berbeza daripada tengkorak
manusia lain dengan bentuk dahi curam itu. Pada tahun 1912, seorang
doktor Belanda akhirnya menunjukkan bahawa 'headwear' tradisional
[sejenis perhiasan kepala yang diikat ketat oleh orang asli] yang
dipakai oleh kanak-kanak asli pedalaman di Pulau Marken adalah
penyebabkan dahi cerun/lonjong. Kanak-kanak Marken yang dibesarkan di
perairan pulau itu tidak mempunyai dahi curam kerana mereka lebih kepada
kemodenan. Jadi spesis manusia Homo Sapiens seperti yang didakwa oleh
ahli sains sebelum adalah tidak wujud.
7-Piltdown Man
Pada tahun 1912 di Piltdown, England, Charles Dawson [ bukan Charles
Darwin- tetapi sama-sama kaki pembohong ] telah menemui tengkorak aneh
yang mempunyai campuran seperti ciri-ciri manusia dan beruk. Dawson
mendakwa ia adalah 'pertalian yang hilang' antara manusia dan beruk.
Tengkorak ini mempunyai muka manusia, rahang yang condong seperti beruk.
Tengkorak itu sebenarnya tengkorak manusia yang ditambah dan direka
dengan rahang orang utan dan gigi cimpanzi. Tengkorak ini telah diwarna
untuk kelihatan lebih purba. Pada tahun 1953, ahli-ahli sains secara
meyakinkan menunjukkan penemuan tengkorak pra-sejarah ini adalah satu
penipuan.
8- Tengkorak Calveras
Tengkorak ini ditemui oleh pelombong di Calaveras, Amerika Syarikat,
pada tahun 1866. Ia telah digunakan oleh Josiah Whitney sebagai bukti
bahawa manusia telah hidup di Amerika sejak zaman Pliocene lagi iaitu
lebih 2 juta tahun lalu. Tetapi ia kelihatan agak moden, dan telah
dirujuk oleh ramai pakar sebagai bukti bahawa manusia tidak berubah atau
berkembang melalui proses masa. Ujian kimia menunjukkan bahawa ia
adalah jauh dari masa baru-baru ini dan kisah penemuan tengkorak ini
tidak sepadan dengan keadaan tengkorak itu sendiri. Namun Whitney kekal
menegaskan bahawa ia adalah tulen. Ia begitu sukar dipercayai, orang
ramai tampil ke hadapan dan mendakwa bahawa Josiah Whitney sendiri telah
menanam tengkorak itu di tapak perlombongan. Pada tahun 1992, ujian
radiokarbon bertarikh meyakinkan telah menunjukkan ia berusia hanya
kira-kira 1000 tahun, bukan 2 juta tahun seperti yang dinyatakan oleh
Whitney.
9- Starchild Skull
Tengkorak ini ditemui di Mexico sekitar tahun 1930 tetapi dipamerkan
kepada orang ramai oleh Lord Pye pada tahun 1999. Pye mendakwa ujian
radiokarbon bertarikh telah membuktikan ia berusia 900 tahun dan bahawa
saintis tanpa nama sebelum Pye ini telah mengesahkan ia milik tengkorak
makhluk asing/alien. Walau bagaimanapun, ujian DNA mendedahkan tengkorak
ini sebenarnya tengkorak orang asli Amerika yang dimiliki oleh seorang
kanak-kanak yang mungkin mengalami penyakit hydrocephalus atau 'air
dalam-otak'. Masalah penyakit dan gangguan kongenital di mana terdapat
terlalu banyak cecair/air dalam kepala/tengkorak. Penyakit seperti ini
pernah kita lihat melalui media sekarang ini seperti kanak-kanak
penyakit berkepala besar, ternyata ianya bukan milik makluk asing
seperti yang didakwa saintis sebelum ini.
10- Kalau no 1 sampai 9 tiada bukti sahih, dan disahkan sebagai PEMBOHONG...apatah lagi no-10 ini.
wanhayden1040.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan