Sebut saja Pepero, pastinya
penggemar coklat mengenali produk yang hangat di pasaran pada ketika
ini. Mungkin juga tidak ramai yang mengenali produk keluaran dari Korea
Selatan ini. Akan tetapi, produk makanan Pepero ini menjadi kegemaran
orang Malaysia pada ketika ini. Mana taknya, asal ada rakan-rakan yang
pergi ke Langkawi, pasti ada yang akan memesan Pepero.
Untuk pengetahuan, Pepero ada dijual
di Cold Storage. Tetapi, info ini sudah tidak berguna lagi. Buat
penggemar Pepero, anda perlu berhenti membeli produk ini serta merta.
Ini kerana, Pepero tidak mempunyai
sijil halal dari JAKIM. Maka, adalah wajib kita meninggalkan makanan
yang tidak mempunyai status hal.
Sebelum ini, pihak pengeluar Pepero
iaitu Lotte telah memaklumkan bahawa Pepero adalah berasaskan tumbuhan
dan tiada langsung dari bahan-bahan larangan. Bagi Lotte, Pepero selamat
untuk dimakan dan halal.
Berikut merupakan kenyataan dari Halal Korea mengenai maklumbalas dari syarikat pengeluar Pepero:
Meskipun Halal Korea mengesahkan
Pepero halal untuk dimakan, namun adalah lebih baik kita tinggalkan saja
melainkan mereka memohon sijil halal dari JAKIM.
Berikut pula adalah penjelasan dari pihak JAKIM:
JAKIM sahkan Pepero tidak memiliki sijil halal.
Sehubungan dengan penjelasan itu, pihak pengedar produk terbabit telah menempatkan produk Pepero di bahagain Non Halal.
p/s: dengar cerita mereka nak mohon..
http://sosejroll.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan