1. Terlalu banyak gangguan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering
berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tak dirancang, panggilan
telefon, suasana bising dan sebagainya.
2. Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap
Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang
lain, begitu jugalah dengan pekerja yang memerlukan maklumat dan
kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk
menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.
3. Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan
Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat
kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja
mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara
terperinci oleh ketua ( tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja
itu tidak dilatih dengan baik ( anda tidak tahu bagaimana untuk
melakukannya).
4. Anda mempunyai terlalu banyak tugasan
Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat
disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari
seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang
mempunyai pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku
apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan
dapat melakukannya.
5. Anda tiada kemahiran menguruskan masa
Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting
tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa
yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.
6. Anda seorang yang suka bertangguh
Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini?
Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil
kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda
takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang
bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda mengelak daripada
melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam
setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi bos ataupun client anda
lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak
melakukan langsung kerja tersebut.
7. Anda rasa tidak dihargai
Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda
memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan,
maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100% komitmen dalam kerjaya
yang anda ceburi. Secara sedar ataupun tidak kebanyakan pekerja cuba
untuk menyeimbangkan antara ‘memberi dan diberi’ antara mereka dan
majikan. Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka
terhadap majikan. Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan
menjadi kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan sebagainya.
8. Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar
Anda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda
mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika projek A tersebut dan
memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda
akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan
anda berfikir sebaliknya. Setengah orang adalah flexible dan senang
untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas
yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa
apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang
yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang
sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan
untuk menukar kerjaya anda.
9. Anda ‘Burned out’
Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah
keletihan emosi yang disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat
kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti
pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan
deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap
sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan
kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan
jantung dan sakit-sakit yang lain.
10. Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan
Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum
ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi
menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan
kerja yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain.
Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil
anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan