Khamis, 7 Ogos 2014

Buat baik pun tak guna

Tolong orang pun tak guna kalau diri tak ikhlas.
Nasihat atau tegur pun tak guna kalau diri sendiri masih tak betul-betul.
Pakai tudung, jubah, serban dan sebagainya pun tak guna kalau sekadar menunjuk-nunjuk.
Tutup aurat pun tak guna kalau tak sempurna.
Sembahyang pun tak guna kalau masih buat dosa.
Sia-sia sajalah perbuatan dan amalan tu...
baik,good things,jahat,bad,jangan buat  
diperolehi dari GOOGLE
Manusia.... begitulah gayanya.
Bercakap ikut sedap mulut. Mengata ikut sedap rasa. Sampai lupa bahawa dirinya juga tidaklah sesempurna mana. 
 
Jahat atau baik, memberikan pertolongan itu merupakan satu sifat yang murni. Mungkin itu adalah satu-satunya benda yang paling baik pernah dia buat di atas dunia ni. Berilah dia peluang..
 
Memberi nasihat pun sama. Semua orang boleh buat. Tak kisah la siapa pun orangnya. Hatta dia tengah pegang botol arak dan meminumnya pun boleh diterima akan nasihatnya. Ambil kata-kata indah dan baik yang keluar dari mulutnya. Jadikan pedoman dan doakan moga dia akan berubah juga. "Aku tak perlukan tunjuk ajar dari kau"... "Aku tahulah apa yang aku buat, aku lebih dulu makan garam dari kau"... Jangan melenting dan marah. Kita perlukan nasihat dan teguran kerana kita seringkali buat silap. Terimalah, walaupun pemberi nasihat itu hanyalah seorang budak hingusan. InsyaAllah takkan rugi.
 
Alhamdulillah jika hidup kita dikelilingi oleh orang-orang yang menutup auratnya. Semoga Allah mengurniakan rahmat ke atas diri semua. Tutup tapi tak sempurna? Mungkin dia masih berjinak-jinak. Berikan dia sedikit ruang. Jika dilihat masih berterusan, berikan teguran atau nasihat dengan baik tapi tegas. Dia tak mahu dengar? Teruskan usaha dan jangan pernah berputus asa. InsyaAllah akan dipermudahkan.
 
Jangan kata sembahyang itu tak berguna kerana ia sememangnya sangat-sangatlah berguna. Sembahyang tapi buat dosa. Alhamdulillah kerana dia masih menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.... Buat dosa? Hari-hari kita buat dosa. Kecil atau besar sahaja yang menjadi persoalannya. Biarlah Allah yang menentukannya. Kejahatan atau maksiat mampu dicegah melalui sembahyang. Istiqomahlah dan belajar untuk memperbaiki sembahyang masing-masing. InsyaAllah dengannya diri kita juga akan diperbaiki. 
 
Perbanyakkan amalan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. 
 
Semoga kita bersua lagi dalam episod hidup yang seterusnya.
 
 
Naltaqi ghadan... wallahu'alam..
 
 http://kum-pun.blogspot.com/

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...