Istimewanya Rejab
Amalan Istimewa Di Bulan Rejab
Salam 1 Rejab untuk semua pembaca .
Alhamdulillah, kita masih diberikan nafas untuk menyambut kedatangan
Rejab pada tahun ini. Kita pasti ramai yang tau, Rejab adalah bulan
Allah. Banyak keistimewaan yang terdapat dalam Bulan Rejab yang
kita boleh perolehi sekiranya kita beribadat dengan ikhlas kerana Allah.
Tiada ibadat khas yang dituntut untuk kita melakukannya, namun jika
kita mampu amalkan 3 perkara ini dengan ikhlas:
Puasa Di Bulan Rejab
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
Sedekah Di Bulan Rejab
Selain daripada puasa kita juga amat digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar,
dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu
kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
Meminta Ampun Dari Allah
Memperbanyakkan solat sunat juga serta memohon keampunan dari Allah. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan
petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya
daripada api neraka.
Selain daripada 3 Amalan di atas, kita juga amat dituntut untuk memperbanyakkan bacaan di bawah sepanjang bulan Rejab.
Doa Di Bulan Rejab (Source)
Istighfar Di Bulan Rejab (Source)
Zikir Di Bulan Rejab (Source)
Selamat beramal semua. Semoga Rejab kita adalah Rejab yang di rahmati Allah. Jaga diri, hiasi peribadi dan Selamat Hari Pekerja untuk semua.
blog santai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan