Sabtu, 3 Mei 2014

Cara Menghias Bilik yang sempit

Pernah tak korang cuba menghias ruang yang sempit  ? Contohnya menghias bilik yang tidak begitu luas. Penyusunan perabut dan sentuhan warna memainkan peranan yang sangat penting dalam menghias bilik yang sempit.
Ada beberapa tips mudah yang boleh diikuti untuk mengias ruang yang sempit, agar ruang itu nampak luas.
   




  
1) Pilih warna yang agak pudar seperti warna pastel atau warna neutral untuk warna dinding dan lantai. Warna-warna sebegini akan membuatkan bilik itu kelihatan lebih luas.
2) Hias dengan aksesori yang terang warnanya, untuk memberikan kontra pada warna dinding dan lantai.
3) Pemilihan perabut yang sederhana atau lebih kecil saiznya, akan membuatkan ruang sempit itu kelihatan lebih luas. Perabut yang terlalu besar tidak sesuai dan akan menyempitkan lagi ruang kosong dalam bilik tersebut.
4) Jika bilik itu mempunyai tingkap, pasangkan langsir dari jenis kain yang nipis. Aliran cahaya matahari yang masuk melalui tingkap akan membuatkan bilik itu kelihatan lebih lapang.
5) Susun atur yang ringkas pasti akan membuatkan ruang yang sempit itu nampak lebih luas dan tidak serabut.
Ada banyak lagi tips menghias dalam Panduan Mendekorasi Kediaman  . Tips-tips yang mudah diikuti terutamanya dalam pemilihan  warna, perabot dan aksesori serta idea-idea susun atur agar rumah kita nampak lebih cantik
 http://thesweetyelmo.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...