Dr. Fidelma O'Leary
Dr. Fidelma O'Leary dari
NeuroScience professor at St. Edwards University) di Amerika Syarikat
telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam
penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak
dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang
Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan
secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan
'Perubatan Melalui Al-Quran.
Melalaui kajian
perubatan melalui Al-Quran, ubat-ubatannya berteraskan apa yang
terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan
termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan
sebagainya.
Apabila ditanya
bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, dia memberitahu semasa
beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di
dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Setiap inci otak
manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Selepas kajian
dijalankan, beliau mendapati darah tidak memasuki urat saraf di dalam
otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa
mengerjakan sembahyang.
Urat tersebut memerlukan
darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud
bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang
waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jika seseorang tidak
menunaikan sembahyang, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang
secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian,
kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam
'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh
Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
*Sumber dari www.suatuperjalananmaya.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan