Ahad, 4 Mei 2014

Fakta Menarik Mengenai Pelakon Aksi Hebat, Chuck Norris

Bagi anda yang meminati filem-filem dari awal 70-an, 80-an dan 90-an, sudah pasti anda akan mengenali pelakon ini yang sering berlakon dalam filem-filem aksi yang hebat. Walaubagaimana pun, sukar untuk percaya bahawa pelakon yang bernama Chuck Norris ini sudah berusia 74 tahun. Apa yang menariknya, walaupun sudah menjangkau usia emas, dia masih lagi mempunyai rambut merah sama seperti kali pertama dia menendang seseorang di dalam filem dan sudah pastinya dia turut berlakon di dalam filem The Expandables 2. 

Pelakon yang turut terkenal sebagai pelakon lagenda ini mempunyai beberapa fakta yang tidak ramai diketahui oleh para peminatnya. Kalau anda merupakan peminat kepada pelakon ini dan mahu mengenalinya dengan lebih rapat, meh usha kat bawah ni..
 
 
 
 
  

1. Nama sebenarnya bukanlah "Chuck" atau "Charles"

Nama sebenarnya adalah Carlos Ray Norris, dimana nama tersebut kedengaran lebih hebat.

2. Dia tak pernah tewas dalam sebarang perlawanan semenjak dari tahun 1968.

Semua kekalahannya datang dari awal lagi, menjadikan rekod sebanyak 168-10-2 pada akhir kerjayanya yang panjang.

3. Dia mencipta seni mempertahankan dirinya sendiri

Anda mungkin pernah dengar mengenai gelaran yang diberikan kepada juara Professional Middleweight Karate Championship 6 kali berturut-turut. Akhirnya, dia mulai bosan dan mula mencipta seni mempertahankan dirinya sendiri iaitu Chun Kuk Do, yang bermaksud "Universal Way."

4. Dia merupakan guru kepada Steve McQueen.

Sebagai balasan, Steve McQueen memberi galakan untuk dia masuk dalam kerjaya lakonan. Mereka juga merupakan kawan rapat kepada Bruce Lee dan pernah bersama-sama mengangkat keranda mendiang Bruce Lee pada hari pengebumiannya. Chuck juga dikatakan pernah mengajar Donny Osmond, tetapi Donny lebih cenderung untuk terlibat dalam teater muzikal.

5. Sekiranya Chuck Norris bersikap pendiam di depan anda, anda patut berhati-hati.

Chuck mempunyai etika persendirian yang diperolehinya dari ajaran Chun Kuk Do. Dalam kod itu, ia menerangnkan dengan tegas, "Sekirana saya tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk diperkatakan pada seseorang, saya tidak akan bercakap apa-apa langsung."

Ada yang berkata dengan cara itu lah ramai orang yang kecundang di tangannya kerana dia akan membenarkan anda untuk terus bercakap.

6. Dia merupakan seorang jurucakap kepada permainan video, World of Warcraft Series.

Ia pasti kedengaran mengarut sekiranya ada mendengarnya buat kali pertama.

7. Beliau merupakan lelaki kulit putih pertama yang menerima Ijazah Pangkat 8 Black Belt Grand Master dalam Taekwondo.

Dia turut mempunyai tali pinggang hitam dalam Judo, Brazilian Ju-Jitsu, dan Tang Soo Do.

8. Dia merupakan anggota Polis Tentera Udara di USAF.

Kemahirannya dalam seni mempertahankan diri bermula apabila dia ditempatkan di Korea Selatan. Beliau juga dinamakan sebagaia anggota Marin Terhormat dan Texas Ranger, kemungkinan satu penghormatan yang diberikan dalam satu rancangan siri yang pernah direkrutnya iaitu, "Walker, Texas Ranger"

9. Dia turut mempunyai pakaian jeans keluarannya sendiri.

Pakaian jeans ini digelar sebagai "Action Jeans" yang mempunyai mobaliti unggul yang membolehkan seseorang bergerak dengan tangkas, termasuk membenarkan sepakan hebat Chuck Norris tanpa menyebabkan sebarang koyakan pada bahagian kelangkang.

10. Beliau juga pernah mengarang buku dan mendapat anugerah New York Times Best Selling Author.

Hasil-hasil karyanya adalah Black Belt Patriotism: How To Reawaken America, sebuah buku autobiografi berjudul Against All Odds dan dua karya fiksyen iaitu The Justice Riders dan A Threat to Justice.

11. Sama seperti Einstein, Chuck bukanlah seorang yang aktif di sekolah.

Bagi anda yang mempunyai masalah, jangan risau, kerana anda masih berpeluang untuk menjadi sepertinya.

p/s: Cerita Chuck Norris yang aku paling minat adalah "Braddock"
 http://drysheet.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...