Jumaat, 9 Mei 2014

Info Menarik Tentang Kad Kredit di Malaysia

etiap kali berbicara tentang kad kredit, selalunya topik-topik berkenaan hutang dan ganjaran kad kredit adalah antara yang popular. Ramai diluar sana yang mahukan tip-tip serta khidmat nasihat tentang cara-cara memilih kad kredit terbaik juga mahukan tip tentang strategi terbaik menyelesaikan hutang kad kredit mereka.
  
Namun begitu, kali ini kami di CompareHero bawakan kepada anda beberapa fakta menarik tentang kad kredit   yang kami percaya penting untuk anda tahu. Mari kita lihat senarai berikut.


1. Terdapat sejumlah 8.21 milion kad kredit yang telah dikeluarkan oleh bank serta pengeluar kad kredit lain di Malaysia, melibatkan 28.6 juta rakyat Malaysia. Mengikut statistik ini, setiap seorang daripada 3 rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit.


2. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau lebih dikenali sebagai AKPK menerusi tinjauan yang dibuat pada tahun 2012 berkenaan pinjaman kewangan dengan 1,002 responden berumur 18 hingga 35 tahun mendapati 39% daripada jumlah responden memiliki kad kredit. 90% daripada mereka mempunyai sehingga dua kad kredit manakala 10% mempunyai 3 hingga 6 kad kredit.

3. Tinjauan Nielsen Global Survey of Investment Attitudes pada tahun 2012 pula mendapati Malaysia berada di tangga kedua tercorot dalam senarai pembayaran penuh baki kad kredit di Asia dengan kadar kurang 50%, satu tangga lebih baik daripada Vietnam (27%).

4. Tinjauan yang sama juga mendapati hanya 18% rakyat Malaysia yang memiliki kad kredit membayar jumlah minimum 5% baki kad kredit mereka setiap bulan manakala hanya 15% membayar lebih daripada jumlah baki minimum bulanan.

5. Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), seramai 4,875 pengguna telah diisytiharkan muflis akibat hutang kad kredit. Jumlah ini mewakili 4.18% daripada 116,488 jumlah keseluruhan individu yang diisytiharkan muflis dalam tempoh tahun 2007 hingga 2013.

6. Kad kredit berjenama bertemakan bola sepak adalah paling popular di Malaysia. Kelab Piala Inggeris, Manchester United misalnya, bergabung dengan beberapa bank tempatan seperti Public Bank dan Maybank untuk pengeluaran kad kredit editi Manchester United. Bank Islam pula mengeluarkan kad kredit dengan jenama pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.

7. Di Malaysia, UOB telah mengeluarkan kad kredit yang direka unik untuk wanita lengkap dengan ganjaran-ganjaran menarik merangkumi aspek-aspek seperti beli belah, kecantikan, kesihatan serta lain-lain promosi di restoran dan kafe terpilih. Kad kredit ini juga menawarkan promosi menarik di butik-butik kegemaran wanita Malaysia seperti Charles & Keith, Michael Kors dan lain-lain.

8. Pada tahun 2005, permainan papan terkenal dunia, Monopoly mengeluarkan edisi Electronic Banking (Perbankan Elektronik) yang mengadaptasikan penggunaan kad debit atau kad kredit menggantikan wang tunai yang sekian lama dikenali sebagai konsep utama Monopoli.

9. Sebagai salah satu negara pelopor perbankan Islam di dunia, Malaysia juga adalah negara terawal di dunia yang mengeluarkan kad kredit Islamik berlandaskan sharia. Kad kredit Islam atau lebih dikenali sebagai kad kredit-i yang pertama ini diperkenalkan oleh AmBank Berhad pada tahun 1996 dengan nama al-Taslif. Kekal sebagai kad kredit Islamik terbaik dengan pengiktirafan dunia sehingga hari ini, kad kredit ini dikenali dengan nama AmIslamic Bank Al-Taslif Card-i yang boleh didapati dalam pelbagai kategori daripada Classic, Gold atau Platinum. Anda boleh membuat perbandingan kad kredit ini ini dengan lain-lain kad kredit-i di sini.

10. Kad kredit termahal dan paling eksklusif di dunia adalah Black Centurion daripada American Express dengan yuran tahunan sebanyak RM 8,126 atau USD 2,500. Pemegang kad kredit elit ini juga hendaklah berbelanja serendah RM 820 ribu setahun.
selongkar 10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...