Selasa, 6 Mei 2014

Info -Obesiti kanak-kanak membimbangkan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan pada abad ke-21, obesiti kanak-kanak menjadi kebimbangan bukan saja dalam kalangan negara maju malah membangun. Di Amerika Syarikat, obesiti dikatakan menjadi punca kedua kematian selepas merokok. Bagi kanak-kanak pula ia bukan satu norma biasa sebaliknya cabaran besar dalam menangani­nya.

Oleh kerana kadar obesiti kanak-kanak semakin meningkat, pentingnya ibu bapa mengetahui cara terbaik melayan emosi dan psikologi anak-anak. Secara asasnya, obesiti menyebabkan individu kurang keyakinan, rasa rendah diri dan murung. Penyakit kronik juga mudah menyerang seperti kencing manis, jantung dan hati.

Akibat kelemahan sosio ekonomi, amat penting untuk masyarakat memahami mengenai perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat. Sebagai contoh, di negara maju, kanak-kanak dalam keluarga kelas sosial yang tinggi kurang kemungkinan menjadi gemuk. Berbeza kanak-kanak di negara membangun yang tinggal dalam keluarga kelas sosial yang rendah, kebarangkalian mereka menjadi gemuk lebih ting­gi. 


Pengamal perubatan dalam endokrinologi, penyakit metabolik dan nutrisi, Michel Borys berkata obesiti dalam kalangan kanak-kanak menjelaskan, ia menjadi perkara biasa apabila kumpulan etnik tertentu lebih terdedah kepada obesiti. Ini kerana mereka berupaya menyimpan tenaga sebagai lemak iaitu pengambilan tenaga berlebihan atau penggunaannya yang kurang.
Foto

“Obesiti berkaitan perubahan gaya hidup, diet seimbang dan tidak dilaras dengan keperluan. Bagi kanak-kanak, apa yang boleh dilakukan adalah mengawal pemakanan, mengajak mereka bersenam serta rawatan tingkah laku berkaitan kerana hari ini tiada ubat-ubatan untuk rawatan obesiti kanak-kanak. Walaupun terdapat pembedahan penurunan berat badan, ia mempunyai keberkesanan rendah. Apa yang kita perlukan adalah pembangunan pe­nyelidikan besar-besaran,” katanya.

Mengapa obesiti di kalangan kanak-kanak perlu dicegah? Lebih daripada 50 peratus kanak-kanak gemuk berumur enam tahun hari ini akan kekal gemuk apabila mereka dewasa. Lebih daripada 75 peratus daripada kanak-kanak gemuk berumur 10 tahun juga akan kekal gemuk. Ini menyebab­kan obesiti kanak-kanak diteruskan apabila mereka dewasa nanti.

Inginkan satu kaedah bagi mengatasi obesiti kanak-kanak, Michel Borys mengasaskan Epode pada 2004 di Perancis dan Epode Eropah pada 2008. Sejak April 2011, Borys menjadi Ketua Setiausaha Rangkaian Antarabangsa Epode serta pakar dalam Agensi Kebangsaan Kesihatan Penilaian dan Akreditasi (ANAES).

Berasal daripada perkataan Perancis bermaksud Ensemble PrÈvenons l’ ObÈsitÈ Des Enfants (bersama-sama kita mencegah obesiti kanak-kanak), Epode menggunakan pendekatan pembinaan kapasiti bagi masyarakat untuk melaksanakan strategi berkesan dan mampan bagi mencegah obesiti kanak-kanak.

Kumpulan sasaran adalah kanak-kanak berumur di antara setahun hingga 12 tahun serta keluarga mereka. Ini bagi membolehkan pihak berkepentingan mempengaruhi zaman kanak-kanak ketika ini.

Jelas Borys, Epode adalah pendekatan membabitkan banyak pihak termasuk penyelarasan kebangsaan, jawatankuasa bebas saintifik, sokongan institusi negara, keluarga dan rakan. Di peringkat tempatan pula seorang ketua atau datuk bandar dipilih untuk mewakili masyarakat dan mereka yang dipilih hendaklah menguruskan projek yang sudah dirancang bagi mencapai matlamat sehingga akhirnya terbentuk gaya hidup sihat dalam kalangan keluarga.

Hari ini, ia membabit­kan 226 bandar di Perancis, 15 di Belgium dan sudah dilancarkan di Greece, Australia, Mexico, Sepa­nyol.

“Apa yang ingin saya jelaskan, obesiti boleh dicegah melalui pelan jangka panjang serta perkongsian di peringkat komuniti,” katanya yang juga penulis buku berkaitan pencegahan obesiti, kencing manis, penyakit kardiovaskular dan kesihatan awam.
mymetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...