Jumaat, 2 Mei 2014

Lima Maksiat Yang Disegerakan Balasannya .

Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah ...
Di pagi Jumaat yang barakah ini , cahaya matahari memancar menceriakan alam semesta untuk memberi kegembiraan kepada penduduk bumi .

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata :
Berhadap Rasulullah s.a.w kepada kami ( pada suatu hari ) kemudian beliau bersabda ;

" Wahai kaum Muhajirin , lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya ( kalau kamu telah mengerjakannya ) , maka tiada kebaikan lagi bagi kamu . Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T . Semoga kamu tidak menemui masa itu .

alt image tag   
 


Perkara - perkara itu ; 

1. Tiada terzahir ( nampak ) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka dan mereka akan ditimpa penyakit - penyakit yang belum pernah menimpa umat - umat yang telah lalu .

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka .

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit . Jikalau tidak ada binatang ( yang juga hidup diatas permukaan bumi ini ) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah s.w.t .

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka , maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka .

5. Dan apabila pemimpin - pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al - Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan , maka ( di saat ini ) Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri . "

( Hadith Riwayat Ibnu Majah )


Maka , adalah lebih baik hukum Hudud itu dilaksanakan kerana ia adalah sebaik - baik hukum yang Allah dah tetapkan demi kebaikan kita juga . 
http://veesandy.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...