Sabtu, 10 Mei 2014

Nahas Pesawat Komersial Yang Dasyat antara tahun 2010 - 2014

Berikutan dengan KEHILANGAN pesawat MAS 370 Boeing 777-200ER pada 8 Mac 2014 yang lalu, mungkin menarik jika anda mengetahui fakta seperti tajuk di atas yang merangkumi kejadian nahas pesawat komersial 5 tahun kebelakangan ini. Apa yang anda akan baca dibawah telah DIKAJI sendiri oleh saya melalui pelbagai laman web. Dan untuk makluman, senarai dibawah disusun MENGIKUT angka orang yang terkorban. Sebelum tahun 2010, angka yang terkorban lebih dasyat lagi, tetapi seiring dengan perkembangan TEKNOLOGI, angka itu saban tahun makin menurun.
(NOMBOR 5)
Angka Terkorban: 103 orang
Tarikh: 12 Mei 2010
Nama Operator dan Penerbangan: Libya Afriqiyah Airways Flight 771
Nama Pesawat dan Pengeluar: Airbus A330-202 (Airbus SAS - France)
Punca Nahas: Kesilapan Pilot yang kurang berpengalaman, letih dan tidak bekerjasama
 
 
 
  
(NOMBOR 4)
Angka Terkorban: 127 orang
Tarikh: 20 April 2012
Nama Operator dan Penerbangan: Pakistan Bhoja Air Flight 4412
Nama Pesawat dan Pengeluar: Boeing 737-236A (Boeing Commercial Airplanes - US)
Punca Nahas: Hujan lebat, angin kencang dan berkemungkinan disambar kilat
  
(NOMBOR 3)
Angka Terkorban: 152 orang
Tarikh: 28 Julai 2010
Nama Operator dan Penerbangan: Pakistan Airblue Flight 202
Nama Pesawat dan Pengeluar: Airbus A321-231 (Airbus SAS - France)
Punca Nahas: Pilot dan Co-pilot yang tidak bekerjasama dan mengingkari arahan Menara Kawalan
  
(NOMBOR 2)
Angka Terkorban: 158 orang
Tarikh: 22 Mei 2010
Nama Operator dan Penerbangan: Air India Express Flight 812
Nama Pesawat dan Pengeluar: Boeing 737-800 (Boeing Commercial Airplanes - US)
Punca Nahas: Kesilapan Pilot yang gagal mendarat dilandasan yang pendek
  
(NOMBOR 1)
Angka Terkorban: 163 orang
Tarikh: 3 Jun 2012
Nama Operator dan Penerbangan: Nigeria Dana Air Flight 992
Nama Pesawat dan Pengeluar: McDonnell Douglas MD-83 (McDonnell Douglas - US)
Punca Nahas: Enjin mengalami kerosakan teruk ketika hampir melakukan pendaratan
  
 
Untuk pesawat MAS MH370, kerana status pesawat itu ialah HILANG sahaja sekarang ini, jadi tidak boleh masuk kedalam senarai diatas. Jika benarlah pesawat itu terhempas, maka peristiwa ini akan menjadikan jumlah penumpang yang terkorban ialah TERBANYAK iaitu 239 orang! Astafirullah.
  
Dan saya minta PERHATIAN kepada para pembaca, berdasarkan rekod penyiasatan mengenai pesawat nahas ini, ada yang mengambil masa hingga bertahun-tahun. Mungkin serpihan pesawat dijumpai, tetapi sebab utama belum diketemui. Sebagai contoh, jika pesawat itu mengalami kerosakan enjin, mungkin kerana MAINTENANCE CREW tidak membuat kerja betul. Dan mereka pula tidak membuat kerja betul kerana tidak mempunyai lesen yang betul. Macam-macam boleh berlaku. Ada juga antara kejadian pesawat terhempas sama ada selepas tahun 2010 atau sebelum tahun 2010, punca sebenar masih belum dijumpai! Yang PENTING sekarang, ayuh sama-sama berdoa agar bertemu jua pesawat MH370 yang hilang itu. InsyAllah.
 yellowcatch.blogspot.c

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...