Iman
seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun
berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan
ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan
kepada seluruh amalan. Solatmenjadi tidak khusyu' dan berat, demikian
amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan
kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pulaakan semakin pudar,
hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpasinar.
Dosa
dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran
sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari
pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau
timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah,
namun bagaimana jikadosa yang memenuhi buku catatan amalan?.
Melalui
artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka
terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh
berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan
tulisan ini tidak lain agarkita semua dapat lebih berhati-hati terhadap
dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.
FILEM, DRAMA DAN DOSA
Perlu
kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat
lari dari dosa.Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa
kecil amat mudahdiperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada
melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan,
hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya
seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai
lagi kekurangan kerananya.
Telah
dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral,
jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika
keburukan, dosa tentunya.
Sudahmenjadi
norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggi
manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut
memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat
ditontoni melaluinya.
Diketika
saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah
agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan
melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda
penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian
pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama
yang biasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonimse
Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.
Namun,desakan
nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus
melihatkisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita
tahu ia bercampur baur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya)
dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.
DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA
Benar,
secaraumumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil
disebut oleh Nabis.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat,
zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil
seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak
lagi mampu memadamkan keseluruhannya.
Bilakahitu?
Ia
adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui
pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya,
mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK
sebagai filem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai,
muzik dikagumi dan sebagainya.
Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkanaurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.
Mungkin
terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran
seperti Kung Fu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari
dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita,
Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah,Akademi al-Quran dan sebagainya.
Memaparkan
minat kita rancanganTV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam
majoriti adegannya seperti ‘Desparate Housewives', ‘Friends', ‘Pretty
Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya.
Walaupunseseorang
itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu
mengakibatkanbanyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat
kelemahan diri kita sehinggaterjebak dalam dosa sebegitu.
Memaklumkannya
kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa
gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah
mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook).
Sayabimbang,
keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan
forumakan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.
Kecuali
jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem
yang ingindikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI
UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh
pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika
diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin
wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar danditonjolkan dalam senarai
drama diminati. Dengan niat agar orang lain turutmendapat
pengajarannya.
Selainberkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanyamelalui gambar. Gambar seperti :
- ketika sedang minum arak,
- hadiri parti penuh maksiat,
- hadiri majlis dosa,
- sedang berpelukan lelaki wanita
- atau
bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang
doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)
- dan sebagainya,
Sekiranyasemua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebardosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-
كل
أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا،
ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد
بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Ertinya:
Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan
(dosanya),ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di
waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun
tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku
lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia
membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
SEMBUNYIKAN DAN TAUBAT
Justeru
itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menontonfilem bercampur
maksiat, atau menyukai musik hedonisme, ata melakukan maksiat secaraf
izikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil
ataubesar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu
terbabit denganAllah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat
Allah dan diberi hidayahuntuk bertaubat sebelum maut menjelma.
Mungkin
disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar
untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau
mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama,
malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang,
membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.
Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit
!tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat.
Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal
ini, si pelau dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul
persoalan dia cuba mengabui mata orangramai dan berpura-pura baik.
Rasulullah bersabda :
اجْتَنِبُوا
هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْأَلَمَّ
فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْيُبْدِ
لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.
Ertinya
: "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yangtelah dilarang oleh
Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya
dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepadaAllah SWT.
Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepadakami,
kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah
‘Azzawa Jalla." [Dikeluarkanoleh al-Hakim dalam al-Mustadrak,hadis
no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat
kedua-duasyaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak
mengeluarkannya." Inidipersetujui oleh al-Zahabi.]
Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini
diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk
kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk
mengetahuihukum dan kaedah pemulihan.
Allah
itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan
beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah
apabila dosa tidak didedahkan. Didalam sebuah lagi hadis sohih
disebutkan :-
أن النبيصلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول: أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف
ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأىفي نفسه
أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم
Ertinya:
Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang
hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu
dosa kamu ini?Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya
Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan
binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu (
dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akanmengampunkannya (
Riwayat Al-Bukhari)
Jelas
dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan
berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni.
Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita,
mengiklan, promosi dan sebagainya sejak didunia lagi, dibimbangi tidak
cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allahserta
pengampunannya.
KESIMPULAN
Segeralah
memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti,
tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah,Rasul dan apa yang
mendekatkan diri kepada keredhaan Allah.
Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan,
sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar
dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi,
membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.
Semak lah facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.
Sekian
Ustaz ZaharuddinAbd Rahman
www.zaharuddin.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan