Jumaat, 2 Mei 2014

Resepi - Mee Jawa Sedap dan Kos Murah

Dscn2702


Bahan-bahan ( 2 @ 3 orang )

  • mee kuning sebgks (celur)
  • 2 biji sedang keledek merah (rebus & lecek)
  • 1 biji bawang besar (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 senduk kecil cili boh
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 10 ekor udang sedang *
  • 1 genggam udang kering (tumbuk)
  • garam dan gula
  • 2.5 liter air (boleh adjust)
  • minyak masak

Cara-cara

  1. * rebus udang dengan garam. air rebusan diambil dan dikisar kulit udang. Hampas udang ditapis & diambil airnya shj.
  2. tuang minyak dalam periuk & tumis serai, bawang besar & putih serta udang kering hingga wangi
  3. kemudian masukkan cili boh dalam tumisan tadi serta goreng hingga pecah minyak.
  4. selepas itu, masukkan air rebusan udang & biarkan mendidih sedikit
  5. apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan kacau hingga kuah sebati
  6. akhir sekali perasakan dengan garam
 http://www.myresipi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...