Sumber: google images |
Salam Jumaat... aku pernah juga terbaca bahawa, dalam kita membaca
al-Quran ada golongan-golongan atau tingkata-tingkat tertentu mengikut
jenis bacaan dan bilangan ayat yang dibaca. Tingkat atau golongan
pembaca Quran dapat dibahagikan kpd 6 tingkat:
1. GOLONGAN YANG LALAI
AL-GHAFILIN: Pembaca sekitar 1-9 ayat.
Golongan paling rendah ialah orang-orang yang membaca Quran kurang dari 10 ayat pada setiap malam, ini berdasar kenyataan Tamim Ad-Dhari yang pernah berkata yang maksudnya:
“Siapa membaca sepuluh ayat Quran pada suatu malam, tidaklah dituliskan dia daripada golongan yang lalai.”
2. GOLONGAN YANG INGAT
AL-ZAKIRIN: Pembaca sekitar 10-49 ayat.
Kata Abi Said Al-Khadari yang bermaksud: "Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran adalah dituliskan daripada golongan ingat.”
3. GOLONGAN PEMELIHARA
AL-HAFIZIN: Pembaca 50-99 ayat.
Sahabat nabi, Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pernah berkata yang maksudnya: "Siapa membaca 50 ayat Quran pada suatu malam, adalah dituliskan daripada golongan pemelihara-penghafal Quran.”
4. GOLONGAN SETIAWAN
AL-QANITIN: Pembaca sekitar 100-199 ayat.
Ibnu Umar berkata: “Siapa membaca Quran pada suatu malam sebanyak seratus ayat adalah dituliskan dia daripada golongan Setiawan.”
Tamim Ad-Dhari menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Siapa membaca 100 ayat Quran pada suatu malam nescaya dituliskan pahala dia mendirikan ibadah (sepenuhnya) pada malam itu.”
5. GOLONGAN JIAWAN
AL-FAIZIN: Pembaca 200-299 ayat.
Abdullah bin Omar berkata: “Siapa membaca pada suatu malam sepuluh
ayat Quran tidaklah dituliskan dia daripada golongan yang lalai. Siapa
membaca pada suatu malam 100 ayat Quran adalah dituliskan dia daripada
golongan Setiawan dan siapa membaca 200 ayat Quran adalah dituliskan dia
daripada golongan Jiawan.”
6. GOLONGAN JUTAWAN
AL-MUQANTIRIN: Pembaca 300-1000 ayat.
“Siapa membaca pada satu malam tiga ratus ayat Quran adalah
dituliskan baginya satu Qinthar dan siapa membaca tujuh ratus ayat,
Tidaklah aku mengetahui lagi akan pembalasannya.” demikian kata Abdullah.
Hasan menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Siapa
membaca Quran pada suatu malam 100 ayat, tidaklah ia dibantahi oleh
Quran pada malam itu, Siapa membaca Quran pada suatu malam 200 ayat
nescaya dituliskan dia orang yang mendirikan peribadatan malam (ibadah
sepenuh malam) dan seterusnya siapa membaca Quran pada suatu malam 500
ayat sampai meningkat 1000 ayat, adalah ia berpagi-pagi memperolehi 1
Qinthar diakhirat.” Mendengar itu sahabat-sahabat pun bertanya:
“Berapakah satu Qinthar itu?” Nabi menjawab: “12000.”
Abi Ad-Darda menyebutkan persabdaan nabi saw: “Siapa membaca 1000
ayat Quran adalah dituliskan dia memperoleh 1 Qinthar pahala sedang satu
Qirathnya adalah seperti Changkat yang besar”.
Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pula berkata: “Siapa membaca
1000 ayat Quran pada suatu malam, adalah dituliskan untuknya 1 Qinthar,
sedang 1 Qirath daripada Qinthar itu adalah lebih baik daripada dunia
dan isinya dan ia memperoleh lagi pahala mengikut apa-apa yang
dikehendaki Allah”.
Sabda rasulullah saw: “Siapa kerap membacakan 10 ayat Quran tidaklah
dituliskan daripada golongan yang lalai, Siapa membacakan 100 ayat Quran
adalah dituliskan daripada golongan Setiawan dan siapa membacakan 1000
ayat Quran nescaya dituliskan daripada golongan Jutawan”. (H.R Abi Daud M. Abdullah bin Amru bin Al-Ash)
Agak-agak kita berada di tingkat yang mana??? HUHU... Sama-samalah kita
muhasabah diri dan berusaha buat perubahan. Kalau satu hari kita mampu
mengadap telefon lelama, apa kata kita install apps al-Quran, dan buat
sedikit pembacaan al-Quran setiap kali buka handphone pastu baru ngadap
laman sosial yang lain... Jom... sama-sama kita tekad buat macam tu...
huhu... Kena kuatkan semangat untuk berubah... Bila lagi kan... Harap
nak ke syurga Allah, kena la ada usaha lebih kan... Jom.. mulakan
sekarang...
myfirdz-trulylove.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan