Rabu, 7 Mei 2014

Apa jadi kalau M.A.L.A.S?

Assalamualaikum

Pagi tadi, masa memandu ke sekolah, saya terfikir tentang tajuk di atas.

Agak-agaknya, apa akan jadi kalau semua orang di dunia ni MALAS?

Orang utara biasanya menyebut malas dengan perkataan SEGAN...Tapi perkataan segan ni ada dua maksud, satu lagi membawa maksud malu. Jadi, sebelum mengecam seseorang itu malas, kena fahami konteks ayat dia dulu.

Kembali kepada topik, cuba anda bayangkan kalau semua orang atas dunia ni malas..agaknya apa akan jadi?



-Nak berjalan malas
-Nak bangun makan malas
-Nak memasak pon malas
-Nak belajar pon malas
-Nak b***k malas

Senang kata,serba serbi pon malas..Rasanya mungkin kita takkan jumpa populasi manusia atas muka bumi ni kalau semua manusia ditakdirkan malas..

Adakah malas suatu penyakit?

Ya!!!Saya yakin malas adalah suatu penyakit. Jadi, kalau dia penyakit mesti ada ubatkan?Betul tak?



Apa ubat malas?

Bagi saya ubat bagi penyakit malas berbeza-beza bagi setiap orang. Ada orang penyakit malasnya sembuh melalui CINTA..Dan rasanya ini ubat yang paling mujarab bagi setiap orang. Cinta dan kasih sayang..

Contohnya,

Penyakit malas beribadat akan sembuh apabila seorang hamba memperoleh cinta atau jatuh cinta kepada Penciptanya..Betul?

Kalau malas belajar macam mana pula?

Jatuh cinta dengan ilmu atau dengan cikgu..hehe..


  
 Biar betul mama ni?Hmm..Jatuh cinta dengan cikgu?isk!isk!

Oklah, nak sambung kerja.

Wassalam
teacherbasariah.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...